Header Ads

Persatuan Ulamak kesal budaya dedah gambar lucah di akhbar

WarkahDaily – Paparan gambar aksi seks di dada akhbar semalam amat memalukan dan menjijikkan. Tindakan itu amat dikesali oleh semua pihak.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut menyatakan pendirian mereka semalam. PUM merasa amat kesal dengan pendedahan gambar apa yang didakwa perlakuan dalam video seks yang disiarkan dalam media arus perdana.

Setiausaha agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah suatu tindakan yang jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius, lapor Harakahdaily semalam.

Katanya, trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini.

Menurutnya, mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas haram di dalam Islam.

Katanya, mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah.

“PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Dikuasakan oleh Blogger.