Header Ads

Polis tolak tuduhan SPRM bahawa Sarbani bunuh diri

WarkahDaily – Polis mengesahkan kes kematian Sarbani tiada unsur bunuh diri seperti yang didakwa oleh pihak SPRM. Jelas pengesahan itu telah menolak tuduhan semberono badan itu terhadap mangsa.

Laporan Kosmo menyebut

Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.

Yang menjadi persoalan, kenapa begitu cepat SPRM membuat tuduhan bahawa kematian mangsa disebabkan bunuh diri. Padahal tuduhan jelas tidak betul seperti apa yang disahkan pihak polis hasil siasatannya.

Apakah ianya kerana untuk menyelamatkan diri dari kes kematian itu atau ada suatu rahsia besar yang hanya diketahui antara pihak atasan SPRM dan mangsa, Sarbani.

Diharap kematian Sarbani akan dapat pembelaan yang seadilnya kerana ini bukanlah kes pertama seumpama itu berlaku yang ada kaitan dengan SPRM.
Dikuasakan oleh Blogger.