Header Ads

PR Sarawak: 'Extra time' SPR kepada calon BN Dun Muara Tuang dipersoal

WarkahDaily – Tak sah kalau dalam pilihanraya, SPR tak bantu Barisan Nasional (BN). Memang patutlah pun ramai duk cakap, SPR adalah barua BN. Itu semua kerana ada saja usaha pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat (PR) dan memberi keselesaan kepada BN.

Semalam, ketika proses penamaan calon bagi N 15 Dun Muara Tuang telah menimbulkan kontroversi apabila SPR telah melewatkan pengumuman calon yang bakal bertanding di dun berkenaan.


Iringan doa bersama calon PAS bagi Dun Muara Tuang. | foto Buletin Online
Sepatutnya, bila proses pencalonan tamat dan tempoh bantahan selesai pada jam 12.00 tengah hari, SPR perlu mengumumkan senarai calon yang akan bertanding.

Tapi, SPR dilihat cuba melambat-lambatkan pengumuman senarai calon yang bertanding sehingga jam 1.30 petang.

Persoalannya, kenapa SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di N 15 Dun Muara Tuang kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

Sebelum itu, PAS telah mengemukakan bantahan terhadap calon calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud) tiga minit sebelum masa bantahan tamat.

Bantahan itu dibuat kerana calon BN berkenaan didakwa telah gagal mengemukakan penyata kewangan ketika pilihanraya lepas.

Ketika itu, penyokong kedua-dua pihak menunggu pengumuman daripada SPR di pusat penamaan calon, Dewan Suarah Kota Samarahan selepas tempoh bantahan tamat.

Namun, SPR dilihat cuba melengah-lengahkan pengumuman senarai calon bertanding sehingga kira-kira jam 1.30 petang, SPR baru mengumumkan senarai calon bertanding dengan menerima calon BN sebagai salah seorang calon yang akan bertembung dengan calon PAS, Puan Noraini Hamzah di dun berkenaan.

Menurut Harakahdaily, pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan setelah mengambil masa hampir dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Ini bermakna, pengumuman itu juga telah menolak bantahan awal yang dikemukankan PAS.

Kenapa SPR perlu menunggu sehingga jam 1.30 petang untuk mengumumkan senarai calon?

Dibimbangi, SPR cuba memberi ’masa tambahan’ (extra time) buat calon BN untuk menyelesaikan penyata kewangan yang gagal dikemukankan ketika proses penamaan calon.

Menurut Buletin Online, ada sumber melaporkan, ada pegawai SPR dan pasukan BN ’berpeluh-peluh’ (sibuk) menguruskan penyata kewangan yang gagal dihantar calon BN.

Dalam masa satu setengah jam, sesiapa sahaja boleh tiba dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Masa 90 minit itu juga adalah cukup bagi pihak BN menyiapkan penyata kewangan baru kepada calon BN yang telah gagal menghantarnya sebelum itu.

Mengapa masa tambahan (extra time) diberikan kepada calon BN? Apakah SPR cuba memberi masa yang cukup bagi pihak BN untuk mengemukakan dokumen berkaitan?
Dikuasakan oleh Blogger.