Header Ads

PRU Sarawak: BN ‘pondan’ ugut pemilik rumah sewa

WarkahDaily – Bukan Barisan Nasional (BN) jika tak mengugut pengundi. Setiap kali ada pilihanraya, ugut-mengugut akan jadi pekerjaan rutin barua-barua Umno demi mengekalkan kuasanya. Memang menyamai Husni Mubarak yang senantiasa ‘menang’ mengekalkan kuasanya sehingga rakyat terpaksa menggulingnya.

Laporan Harakahdaily, BN telah mengugut pemilik permit rumah tumpangan dan rumah persendirian yang telah menyewakannya kepada petugas PAS.

Tindakan terdesak itu dilihat terlalu kebudak-budakan di negara yang sudah lama mencapai merdeka. Mereka kelihatan bersikap tidak demokrasi dan ‘pondan’ kerana takut rakyat terpengaruh dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal negara ini mengamalkan amalan demokrasi dan kebebasan memilih dan bukannya amalan mengugut dan memaksa.

Menurut Harakahdaily, perkara itu berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.

Menurut ketua petugas PAS Johor di Dun tersebut, Onn Jaafar, kali pertama mereka diarah keluar ialah sewaktu menyewa di rumah tumpangan di Sementan.

Setelah empat hari menyewa di situ, mereka diarahkan keluar kerana pemiliknya memberitahu, mereka diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS.

Pada malam sebelum diarah keluar, PAS mengadakan ceramah di perkarangan rumah tumpangan tersebut dan pemiliknya turut menghadiri ceramah tersebut.

Pemiliknya sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak senang malah menyatakan sokongan kepada calon PAS dan bersedia membawa petugas menyelami masalah penduduk di kawasan sekitar.

"Esoknya kami dipanggil dan setelah berbincang, mereka menyuruh kami keluar kerana takut dengan ugutan daripada pihak BN.Tapi mereka minta maaf kerana terpaksa arahkan kami keluar," cerita Onn kepada Harakahdaily semalam.

Setelah diarah keluar, mereka menyewa di sebuah rumah persendirian yang juga di Sementan.

Pemiliknya juga tahu mereka daripada PAS dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Namun pada malamnya, mereka sekali lagi diarah keluar kerana pemiliknya turut menerima ugutan lesen perniagaannya akan ditarik kerana bekerjasama dengan PAS.

"Dia seorang ahli perniagaan. Dia bagitau kami, kalau benarkan kami menyewa, lesennya akan ditarik balik. Kerana takut, dia menyuruh kami keluar," katanya.

Sehubungan itu, mereka terpaksa menumpang di bilik gerakan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi kerana difahamkan pihak BN sentiasa memantau penduduk kawasan tersebut.

Namun bagi Onn, kejadian 'dihalau' ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat petugas PAS untuk terus berkempen sehingga hari membuang undi 16 April ini.

Beliau sebaliknya hanya menyifatkan kejadian ini sebagai cabaran kecil yang harus ditempuh oleh petugas-petugas apatah lagi jika 'masuk ke tempat orang'.

"Walaupun terpaksa berpindah randah begini, sedikitpun tak jejaskan semangat kami untuk terus membantu kempen calon PAS.

"Ada lagi petugas dari Johor yang akan tiba walaupun sudah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Seramai 13 orang petugas dari Johor berkampung di Tanjung Datu sehingga hari mengundi.
Dikuasakan oleh Blogger.