Header Ads

Rais Yatim dilihat menempelak Muhyiddin, pinta '1Melayu, 1Bumi' ditolak

WarkahDaily – Seorang lagi pemimpin Umno yang dilihat malu-malu kucing menolak gagasan 1Melayu, 1Bumi, iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


"1Melayu, 1Bumi boleh rosakkan 1Malaysia," tegas Dr Rais selepas melancarkan program Gagasan 1 Malaysia di Menara TM, Kuala Lumpur semalam. | foto Reuters
Dalam masa yang sama, Rais juga dilihat menempelak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini telah cuba membela Utusan Malaysia selepas ianya dibantah oleh MCA.

Rais berkata, gelombang “1Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia, lapor The Malaysian Insider semalam.

Bukan ke akhbar yang cuba memporak-perandakan masalah perkauman di negara, Utusan Malaysia itu diselia oleh kementeriannya?

Rais Yatim dilihat cuba mengkritik cabaran Utusan Malaysia yang cuba mengajak tuannya (Umno) agar menubuhkan satu gelombang (gagasan) ’1Melayu, 1Bumi’ bagi menghukum pengundi Cina yang dilihat telah menolak BN dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini.

Namun kini, cabaran itu telah disahut oleh pertubuhan rasis, Perkasa. Tak pelik, ahli Perkasa bukannya orang lain pun, ramai terdiri dari kalangan ahli Umno.

Yang cadang pun Utusan Malaysia (akhbar milik Umno), yang sahut pulak Perkasa (NGO Umno).

Rais menyatakan, langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang tidak betul dan berlawanan dengan gagasan 1Malaysia yang didakwa telah mula diterima rakyat.

“Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi,” kata beliau selepas melancarkan “1 Malaysia Visibility Programme” di Menara TM di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menegaskan, Rais berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong.

Sebelum itu, bekas PM Tun Dr Mahathir dikatakan tidak bersetuju dengan idea yang mendapat perhatian Perkasa itu.

Tun M berkata, idea gelombang 1Melayu, 1Bumi itu merupakan suatu yang tidak baik walaupun Perkasa mendakwa mantan PM itu juga sebelum ini tidak bersetuju dengan gagasan 1Malaysia Najib.
Dikuasakan oleh Blogger.