Ronaldo bantu Real Madrid julang Piala Raja Sepanyol

Ronaldo bersama trofi kemenangan selepas beliau membantu pasukannya dengan jaringan tunggal Real menewaskan musuh tradisi, Barca di Estadio Mestalla, Valencia awal pagi semalam. | foto Reuters
Perlawanan dihiasi beberapa layangan kad kuning itu bagaimanapun dikuasai Barca, namun barisan serangan diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi gagal memanfaatkan peluang terhidang di hadapan pintu gol.
Perlawanan itu boleh diibaratkan sebagai pertemuan tikus menentang singa kerana Real gagal menguasai dan sering kehilangan bola kepada pemain Barcelona.
Kemenangan Real itu hadir selepas mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 ke atas pasukan bimbingan Pep Guardiola pada pertemuan La Liga di Santiago Bernabeu, Sabtu lalu.
Post a Comment