Header Ads

Rupa-rupanya rakyat Sarawak hidup susah di bawah kerajaan BN

WarkahDaily – Masyarakat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya banyak dihamburkan dengan berita karut dan bohong dari media pro BN termasuk televisyen. Selama ini, kemajuan yang diwar-warkan media hanya di bandar yang didiami kelas atasan dan pemimpin BN sahaja.

Bila tiba musim pilihanraya seperti sekarang, semuanya terbongkar. Rupa-rupanya kehidupan rakyat Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dan dhaif di bawah pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Padahal, sebelum ini banyak media alternatif membongkarkan aset kekayaan Ketua Menteri itu di dalam dan luar negara sehingga dikatakan mengatasi kekayaan Sultan Brunei yang berjiran dengan Sarawak.

Jangan tengok bapaknya, anaknya sahaja didakwa memiliki harta RM1 bilion. Bapak tak tahulah berapa banyak sehingga boleh ada ruah agam di luar negara dengan harga jutaan ringgit. Patutlah Tun Mahathir, mantan PM lepas, cepat-cepat menegur agar Taib Mahmud cepat mencari pengganti agar tidak menjadi seperti Hosni Mubarak yang dijatuhkan rakyat Mesir kerana mengumpul kekayaan negara untuk kantung sendiri disamping kehidupan rakyat yang susah dan merempat.

Berbalik kepada kehidupan rakyat Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan BN, betapa susahnya hidup mereka setiap hari. Selama ini kita diwar-warkan media pro BN, konon rakyat hidup senang di bawah kerajaan BN. Bila BN memerintah, rakyat akan hidup harmoni.

Tapi realitinya tidak seperti yang dikhabarkan.

Harakahdaily melaporkan bagaimana ribuan penduduk di Miri yang dinafikan untuk memiliki geran tanah sendiri semenjak 20 tahun dahulu.


Haling menunjukkan generator sendirinya. | foto Harakahdaily
Setiap kali pilihanraya, mereka ini akan dijanjikan dengan geran tanah namun janji hanya tinggal janji sehingga 20 tahun lamanya menunggu.

Kerana tiada geran tanah, banyak keperluan harian mereka tersekat.

Penduduk kawasan itu berkata, kerana status itu, banyak hak mereka sebagai rakyat negeri ini tidak diberikan terutama bekalan elektrik dan air bersih secara persendirian.

Perasaan sangat malang jelas terukir di wajah mereka selama ini kerana terpaksa mengharungi kehidupan dalam keadaan tidak mendapat bekalan elektrik dan bekalan air secara persendirian.

Untuk rekod, antara kampung yang sehingga kini belum mendapat dua bekalan yang sempat diziarahi adalah Kampung Api Api dan Kampung Pasir.

Melihat kepada nama kampung mereka, Kampung Api Api namun sehingga kini walaupun negara telah merdeka selama lima puluh tiga tahun tetapi masih bergelap di malam hari.

Mereka mengatasi masalah berpuluh tahun ini dengan mengadakan sendiri generator yang berharga sekitar RM2000 dengan belanja minyak disel tidak kurang dari RM5 satu malam.

HarakahDaily sempat menemui beberapa penduduk untuk berkongsi derita hidup dalam kemiskinan dan dinafikan hak sebagai rakyat dalam sebuah negeri kaya di Malaysia.

Menurut Haling Anak Bagak, 41, lebih dikenali sebagai Janggut, seorang mekanik dan pernah bekerja dalam sektor kayu balak satu ketika dahulu.

Turut serta dalam pertemuan di rumah mereka adalah isterinya, Inya Anak Sigan, 61, yang wajahnya jelas kelihatan gurisan-gurisan luka menghadapi kesusahan hidup terutama status tempat tinggal.

Dalam keadaan sekarang dengan tanpa sebarang dokumen rasmi mengenai tanah itu, menyebabkan hati dan perasaaan mereka 'sangat risau' kerana boleh diperapa-apakan pada bila-bila masa sahaja.

"Ramai dalam kalangan kami yang mengusahakan sendiri tanah ini dari hutan belukar, kami tidak mahu pindah ke mana-mana lagi, kami mahu geran sah sendiri atau paling kurang TOL.


Meter air yang terpaksa dikongsi. | foto Harakahdaily
"Jika kami sudah dapat tahu status kedudukan kami di sini, baharu senang hati kami dan sudah pasti masalah api elektrik dan air juga akan selesai.

"Bayangkan sudah berapa banyak kami terpaksa habiskan wang semata-mata mengadakan sendiri api elektrik selama ini jika satu bulan, jumlahnya sekitar RM150 hingga RM200?" tegasnya yang tinggal di kampung itu lebih 20 tahun.

Menurutnya, sudah berkali-kali pemimpin kerajaan negeri diwakili BN datang membuat janji menjelang beberapa kali pilihan raya namun janji hanya tinggal janji sahaja.

Mengenai bekalan air bersih pula, mereka seringkali menyuarakan pandangan kepada pihak berkenaan namun siapa mereka untuk dipedulikan selama ini.

Menurut Janggut, mereka terpaksa berkongsi dengan 11 keluarga lain yang jumlah besar penggunaan air akan dibahagikan sama rata.

"Kami terpaksa membayar lebih RM40 seorang sebulan, bayangkan jika di antara kami yang tersangkut menyebabkan meter akan dipotong dan perlukan RM100 seorang untuk sambung semula.

Melihat kepada bil air di sini, didapati tiada jumlah tarif air seperti di Semenanjung, hanya jumlah penggunaan dan jumlah wang sahaja yang dipamerkan.

Mereka bersungut kerana sukar untuk rakyat menghitung sendiri berapa tarif yang dikira terhadap penggunaan mereka seperti di Semenanjung dengan jelas pamerkan beberapa jumlah tertentu.

Untuk rekod, lebih 700 keluarga tinggal di Kampung Pasir 1, 2, 3 dan 4; dan mengikut rasional pemikiran dan logik muda, kenapa masalah ini berlarutan sedangkan tempat tinggal mereka diberikan nama 'kampung' dan dikatakan mempunyai ketua kaum.

Adakah persoalan ini benar dan sampai bila mereka semua perlu menunggu lagi meneruskan kehidupan serba tidak menentu begini.

Dalam hal beginilah, calon-calon Pakatan Rakyat datang memberikan khidmat mereka sempena pilihan raya umum negeri ke 10 kali ini pada 16 April depan.

Mereka mengajak rakyat Sarawak untuk berani membuat perubahan pada kali ini bagi memastikan segala penderitaan rakyat dapat ditamatkan semaksimanya.
Dikuasakan oleh Blogger.