Header Ads

Sanggup panjat pagar semata-mata mahu melampias nafsu serakah

AYER KEROH: Seorang lelaki yang merogol seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negeri ini sanggup memanjat pagar kawasan asrama sebelum memasuki bilik mangsa semata-mata mahu melampiaskan nafsunya serakahnya.


Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye
Lelaki berumur 22 tahun itu dikatakan masuk ke dalam bilik mangsa yang tidur keseorangan, sementara empat rakan serumahnya keluar ke bandar dan lima lagi yang lain pulang ke kampung sempena cuti minggu belajar.

Mangsa berumur 19 tahun dan ketika itu demam cuba melawan namun tidak berjaya menghalang perbuatan lelaki bernafsu haiwan itu selepas dipukul.

Menurut sumber, ketika kejadian jam 2.15 petang Isnin minggu lalu, suspek melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas menyamun barang milik mangsa.


Katanya, mangsa tersedar daripada tidurnya apabila mendengar bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup sebelum terperanjat melihat seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan bogel berdiri di tepi katilnya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang mengesahkan kejadian itu berkata suspek berjaya ditangkap pengawal keselamatan asrama terbabit.

“Suspek yang menyorok dijumpai di kawasan asrama dan kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan samun mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.