Header Ads

Seks dijadikan modal oleh seorang gadis goda lelaki untuk hidup mewah

BANDARAYA MELAKA: Seorang gadis menggunakan kelicikannya menggoda lelaki kaya berusia 40-an hingga 50-an demi memenuhi keinginannya untuk memiliki barangan mewah dengan taktik menawarkan perkhidmatan seks dan penipuan untuk menjadi rakan kongsi perniagaan.

Lebih menjijikkan, gadis berusia 30-an, berasal dari negeri ini akan meninggalkan mangsa begitu sahaja selepas keinginannya memiliki barang mewah, percutian ke luar negara dan modal membuka perniagaan terlaksana.

Tidak hairanlah gadis itu kini mampu bergaya dengan beberapa buah kereta, barangan berjenama dan perniagaan yang dihasilkan menggunakan umpan aset berharga dirinya termasuk menggunakan ilmu hitam sebagai penunduk mangsa.

Cerita ini didedahkan sendiri oleh seorang isteri, Mas (bukan nama sebenar) yang mengakui suaminya, seorang pegawai tinggi di sebuah syarikat swasta terkenal pernah ditundukkan wanita licik terbabit sehingga kerugian puluhan ribu ringgit sebelum disedarkan isterinya dengan membawanya berjumpa pakar perubatan Islam negeri ini.


Berjaya dapat semula wang RM8,500

Mas menceritakan sendiri pengalaman pahitnya berdepan dengan wanita dikenali sebagai W selama beberapa tahun yang mengikat suaminya sehingga sanggup berkorban apa sahaja termasuk membelikan W sebuah kereta mewah dan membiayai perniagaan wanita terbabit.

“Saya mengetahui suami menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan awal tahun lalu sebelum melakukan penyiasatan sendiri untuk mengumpul bukti.

“Suatu hari, suami mengaku dan saya mula intip pergerakannya serta mencari maklumat mengenai W daripada rakannya,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mengetahui W menjadikan suaminya sebagai salah seorang mangsa selepas berpuluh lagi lelaki menjadi mangsanya sebelum ini.

“Saya sendiri dapat bercakap dengan beberapa lelaki yang menjadi mangsa W termasuk bekas tunangnya dan mengetahui W sanggup menggadaikan apa sahaja termasuk umpan seks untuk mendapat apa yang diinginkan.

“W juga banyak berhutang keliling pinggang dan menjadikan lelaki ini sebagai mangsa untuk membayar hutangnya serta menyara dirinya,” katanya.

Mas berkata, atas dasar mahu menyelamatkan rumah tangga yang telah lebih 30 tahun dibina dan mahu melepaskan suami daripada ikatan ilmu hitam W, dia membawa suaminya berubat dengan seorang ustaz.

“Walaupun hati saya hancur dengan pengakuan suami, saya nekad memulihkan semangatnya dan bersyukur dia telah mula melupakan W,” katanya

Menurutnya, dia sendiri berdepan dengan W dan berjaya mengutip semula wang RM8,500 suami yang telah ditipunya, kononnya untuk membuka perniagaan.

“Walaupun saya tahu suami ditundukkan dengan menyerahkan puluhan ribu ringgit, namun saya reda kerana yang penting, suami kini kembali ke pangkuan saya dan anak semula.

“Saya tidak mahu ada lebih ramai lelaki menjadi mangsa W kerana dia masih lagi aktif menjalankan kegiatan jijiknya itu,” katanya yang telah membuat laporan polis mengenai gangguan W terhadap rumah tangganya.

Menurutnya, pendedahan kisah W bukan untuk membuka aib sesiapa, namun untuk memberikan amaran kepada isteri yang mempunyai suami berpangkat dan berharta supaya tidak terpedaya dengan wanita terbabit. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.