Header Ads

Siapa cakap PAS takut tukar pemimpin?

WarkahDaily - Siapa cakap orang PAS tak berani tukar presiden. Sejak ditubuhkan, berapa ramai dah presiden PAS silih berganti.

PAS berani menukar presiden bukan secara membuta tuli. Bukan kerana orang luar yang tiada kaitan dengan PAS (pemerhati bebas) melontar pandangan dan persepsinya, ahli PAS terus melenting dan mula melobi untuk tukar pemimpin. Itu bukan perangai orang PAS. Mereka bukan mudah buat keputusan terburu-buru semata-mata atas pandangan orang luar.

Ahli / perwakilan PAS lebih arif dari orang luar siapa yang mereka kehendaki...mereka bukan mudah dipengaruhi dengan ’lobi-melobi’ orang luar termasuk Aziz Bari.

Mereka bukan mudah ditanam dengan persepsi. Hanya segelintir sahaja yg terpengaruh dan mudah terperangkap dengan persepsi. Hanya mereka yang sudah merasakan sudah lama berjuang dan hadam dengan selok-belok perjuangan PAS. Konon merekalah mahukan pembaharuan (mahu gaya pemimpin moden yang bukan dari kalangan berkopiah, berserban atau berjubah). Ramai ahli dan perwakilan PAS lebih matang untuk memilih pemimpin mereka.

Masakan PAS boleh bertahan sehingga hari ini jika ahlinya mudah melatah dengan pandangan atau tohmahan (pandangan yang tiada hasil kajian yang spesifik) dan tak cermat dalam menentukan siapa pemimpin mereka.

Mereka lebih kenal dan arif siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Bukan seperti yang didakwa sesuatu pihak yang menyatakan PAS tidak berani tukar pemimpin. Ahli dan perwakilan PAS tukar pemimpin bukan atas persepsi yang dilemparkan.

Mereka mahukan Hadi Awang sebagai presiden (tak termakan dengan pandangan Aziz Bari), tidak bererti mereka takut tukar pemimpin. Bukan semestinya pandangan Aziz perlu diikut, sebab hal-hal pemilihan dan hak menentukan siapa yang layak memimpin PAS bukan kepunyaan Aziz Bari...ini semua hak perwakilan dan ahli PAS.

Aziz hanya melontarkan pandangan beliau sahaja atas kapasiti beliau sebagai pemerhati bebas. Dan memang PAS memerlukan pandangan bebas seperti Aziz Bari sebagai untuk ’mengecat rumah yang sudah siap’, bagi mencantikkan lagi rumah itu.

Tapi PAS tidak semesti terima sebulat-bulatnya apa yang dikeluarkan Aziz Bari. Walaupun Aziz Bari diiktiraf sebagai profesional dan ahli akademik yang berjaya dan disegani ramai, tapi tidak semesti apa yang dilontarkan itu betul dan tepat. Nama lagi manusia yang mempunyai sifat pelbagai. Mungkin ada betul dan mungkin ada salahnya.

Bukan semua ahli akademik dan mempunyai taraf doktor falsafah mempunyai pandangan dan telahan yang tepat. Bahkan, Zentrum Future Studies yang dipelopori juga oleh tokoh akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang pernah membuat kajian berkaitan keputusan pilihanraya di Sarawak baru-baru. Melalui hasil kajian dan ramalan yang dibuat Zentrum, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri itu apabila BN dikatakan hanya akan mendapat 24 kerusi Dun sahaja daripada 71 kerusi.

Bila keputusan rasmi dikeluarkan, ianya jauh meleset walaupun beberapa kerusi BN tumbang dan DAP memperolehi kejayaan besar.

Ini menjadi suatu bukti bahawa kajian atau pandangan sesuatu pihak termasuk yang profesional atau ahli akademik yang berkaliber tidak semestinya tepat atau betul. Tapi bukan bererti mereka ini tidak boleh memberikan pandangan dan ramalan mereka. Itu hak mereka di dunia demokrasi.

Apatah lagi kalau ianya tidak disertakan hasil kajian atau bukti yang tepat menyatakan ’fulan dan si fulan’ tidak disukai ramai atau dia menjadi liabiliti kepada kumpulan tertentu. Dengan kata lain, ia hanyalah pandangan peribadi sahaja.

Tapi yang pasti, ahli PAS dan perwakilan PAS tidak takut untuk melakukan perubahan atau menukar pemimpin mereka, bahkan ianya sudah silih berganti sehingga kini. Tapi ahli PAS dan perwakilan PAS bukan jenis yang menerima sembrono atau rakus dalam melakukan keputusan. Bahkan mereka tahu siapa yang perlu dinaikkan sebagai pemimpin dan siapa yang tidak.

Mereka tidak mudah terpengaruh dengan ’lobi-melobi’ pihak tertentu, lebih-lebih orang luar. Namun pandangan itu tetap dihormati dan mungkin diambil sebagai mencantikkan lagi atau menambahkan lagi usaha ke arah pembaikan.

Mereka lebih arif dan tahu siapa yang bekerja dan siapa yang tidak bekerja. Mereka sudah diajar dan ditarbiah bagaimana cara melantik pemimpin mereka yang mungkin tiada pada parti lain. Kalau ada, alhamdulillah.
Dikuasakan oleh Blogger.