Header Ads

Skuasy Terbuka Cayman Islands: Nicol juara tiga berturut-turut

Ratu skuasy negara, Nicol David muncul juara buat kali ketiga berturut-turut pada kejohanan skuasy Terbuka Cayman Islands selepas menewaskan Jenny Duncalf 11-7, 11-6, 12-14, 11-4 di peringkat akhir.


Nicol David (kanan) ketika beraksi menentang pemain dari England, Jenny Duncalf pada peringkat akhir kejohanan skuasy Terbuka Cayman Islands, 9 April 2011.
Nicol yang mengambil masa satu jam untuk menewaskan jaguh No.2 dunia dari England itu, dilihat mengalami sedikit kesukaran.

Jenny yang bermula baik pada set pertama mendahului Nicol 6-3, namun rentaknya tidak bertahan lama apabila Nicol berjaya mengejar untuk memenangi set tersebut.

Lebih dari itu, pada set ketiga Nicol terpaksa tunduk dengan keputusan 12-14.

"Jenny beraksi cemerlang terutamanya pada set ketiga," kata Nicol.

"Pada set keempat pula dia turut bermula dengan baik, tetapi saya tidak mahu dia berada jauh didepan. Jadi saya benar-benar fokus untuk mendapatkan mata.

"Saya begitu gembira dengan kemenangan 3-1. Ia adalah perlawanan yang begitu mencabar," tambah Nicol. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.