Header Ads

SPR barua BN halang PAS menang tanpa bertanding di N.15 Dun Muara Tuang

WarkahDaily – Kalau dah barua Barisan Nasional (BN), tak kanlah nak biarkan PAS menang tanpa bertanding di Dun Muara Tuang. Malu besarlah BN jika SPR terima bantahan PAS selepas didapati calon BN gagal mengemukakan penyata kewangannya ketika proses penyerahan borang pencalonan sebentar tadi.


Calon PAS, 'Kak Ani' (Gambar tengah, bertudung putih) disamping suaminya (berbaju hijau) ketika penamaan calon pagi ini. | foto Buletin Online
Proses penamaan calon yang sepatutnya tamat jam 12.00 tengah hari tadi, namun terpaksa dilanjutkan oleh SPR selepas PAS telah membuat bantahan terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangannya.

Walau bagaimana pun, calon BN itu berjaya ‘diselamatkan’ oleh SPR di saat-saat akhir apabila SPR menolak bantahan yang dibuat PAS. Ekoran itu, proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Kira-kira jam 1.30 petang, SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut, padahal waktu penamaan calon sudah pun tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Menurut Harakahdaily, PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.
Dikuasakan oleh Blogger.