Header Ads

Taib Mahmud tak mahu berundur?

WarkahDaily – Masa pilihanraya tengah berlangsung, kempen sedang berjalan, masing-masing dalam Barisan Nasional (BN) merasa bimbang dan takut Tan sri Taib Mahmud (gambar) akan jadi liabiliti kepada BN untuk pertahankan kerajaan Sarawak.

Kebanyakan rakyat Sarawak ketika itu mahukan Taib berundur cepat. Sebelum Dun Sarawak dibubarkan pun, mantan PM, Tun Mahathir pun pernah meminta Taib diundurkan agar tidak menjadi Mubarak Sarawak (30 tahun memerintah Sarawak, kumpul harta berjuta-juta).

Ketika kempen pilihanraya baru-baru ini, Najib begitu terkesima dengan sambutan rakyat Sarawak terhadap program Pakatan Rakyat (PR) di Kuching sehinggakan Najib semacam berpatah balik untuk membantu kempen BN di Sarawak kerana tidak percaya Taib peroleh sokongan lagi.

Najib sanggup merayu kepada rakyat Sarawak, ‘tolong percayalah, peralihan kuasa (pengunduran Taib) akan berlaku dalam masa terdekat. Keputusan pilihanraya diumumkan, BN berjaya mengekalkan majoriti 2/3. Seolah-olah rakyat Sarawak percaya dengan rayuan Najib (Taib mahu diundurkan).

Bila keputusan pilihanraya diumumkan, secara tergesa-gesa Taib Mahmud terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak. Semacam Taib takut Najib mengumumkan orang lain sebagai KM kot.

Tak pasal-pasal, ada mendakwa Taib 'dimurkai' Putarajaya, lapor sebuah portal berita sebab konon Taib mendahului keputusan Putrajaya.

Kali ini pulak, ada pemimpin parti komponen BN cuba mendesak Najib agar menunai janjinya untuk ‘mengundur’kan Taib seperti apa yang dijanjikan ketika kempen pilihanraya.

Antara yang cuba mendesak ialah Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin dan yang terbaru, naib presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu.

Desakan pengunduran Taib itu rupa-rupanya diperhati oleh sekutu Ketua Menteri berkenaan iaitu pemimpin dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Naib presiden SPDP, Sylvester Entri Muran cuba menempelak pemimpin MCA yang cuba mendesak Taib berundur, konon pemimpin MCA itu jahil dengan situasi politik Sarawak.

Nampak Taib ada pasang kaki untuk menyelamatkan kedudukannya aje.

Bagi Sylvester, desakan pengunduran Taib tidak wajar kerana Taib berjaya memimpin BN negeri untuk mengekalkan majoriti 2/3.

Beliau turut menjelaskan, kehilangan sokongan pengundi Cina di Sarawak bukan alasan kukuh untuk Taib berundur kerana beliau sendiri telah membuktikan kejayaannya memimpin BN dengan memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu.

"MCA menggunakan senjata paling tajam untuk menyerang pihak yang melindungi mereka sendiri. Ini jelas merupakan kempen memburuk-burukan oleh MCA untuk menggugat kepimpinan negeri," katanya kepada Bernama.

Marah benar orang desak bosnya berundur. 'Backup' bos nampak. Nak bagi Taib terus kekal memerintah Sarawak la tu. Mentang-mentang dah menang, janji dah terlupa. Konon rakyat nak Taib lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.