Header Ads

Tak sampai 24 jam, kereta Persona yang baru dibelinya dah rosak

PUTRAJAYA: Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.


NUR WAHIDA menunjukkan surat perintah TTPM supaya dia diberikan ganti rugi berikutan masalah kerosakan pada kereta yang baru dibelinya di Putrajaya semalam. | foto Kosmo
Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.

Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.

“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya. -Kosmo!
Dikuasakan oleh Blogger.