Header Ads

Umno-BN semakin tidak matang, otak sempit

WarkahDaily – "Kalau undi Pakatan Rakyat (PR), anda tidak bersyukur dan tidak kenang budi...tapi jika anda undi Umno-BN, anda adalah orang yang mengenang budi."


"Kita (BN) perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita (BN)," pinta Saifuddin. | foto The Malaysian Insider
Haram jadah punya barua Umno kalau boleh cakap macam tu!...Malaysia bukan negara hak milik Barisan Nasional (BN). Jangan pulak pandai-pandai nak bikin kecoh, rakyat 'wajib' undi BN.

Kalau rasa tak boleh terima kenyataan rakyat menolak BN dengan memberi undi kepada PR, lebih baik jangan diadakan pilihanraya lagi. Senang-senang, pi lantik terus siapa yang hangpa suka.

Woi!...pasal apa sempit sangat otak hangpa ni...panggil lagi demokrasi, jadi kena ’gentle’, terima kenyataan orang undi PR.

Nak kata bodoh kan marah, tapi memang bodoh pun. Tapi yang pelik, kenapalah ada pemimpin bodoh seperti ini boleh memerintah Malaysia. Aku ingat..jika pemimpin seperti tiada kat Malaysia, nescaya Malaysia lagi maju dari sekarang.

Nasib baik ada juga Datuk Saifuddin Abdullah (MT Umno) sorang ni. Aku boleh 'tabik' la sikit kat dia sekarang ni sebab fikiran dia matang la sikit daripada kawan-kawan dia yang masih lagi berotak budak tadika.

Kelmarin Datuk Saifuddin Abdullah yang juga timbalan menteri pengajian tinggi telah menggesa rakan-rakan mereka yang bodoh-bodoh belaka tu agar belajar menerima kenyataan rakyat tidak mengundi BN dalam pilihanraya.

Komponen Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan ataupun menuduh mereka yang tidak mengundi BN itu ketika pilihan raya termasuk di Sarawak baru-baru sebagai tidak bersyukur, pinta Saifuddin.

Komponen BN yang dilihat kurang normal itu ialah Umno yang masih lagi berotak beku dan tidak boleh menerima kenyataan pengundi tidak memberi undi kepada BN dengan menuduh para pengundi sebagai tidak bersyukur.

Menurut The Malaysian Insider, Saifuddin menegaskan setiap pihak perlu menghormati hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.

"Dengan penuh rendah diri, saya menyeru rakan-rakan dalam BN supaya tidak menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya sebagai tidak bersyukur kepada kerajaan BN," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

"Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita," kata beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu (Umno) termasuk pertubuhan bukan kerajaan Melayu (Perkasa) yang menuding jari, malah mahu masyarakat Cina di Sarawak dihukum kerana memperlihatkan sokongan kuat kepada DAP, parti komponen Pakatan Rakyat, ketika pilihan raya negeri 16 April lalu.
Dikuasakan oleh Blogger.