Header Ads

[Video] Bongkar: Seksanya kehidupan rakyat Sarawak di bawah BN

WarkahDaily – Tiada apa-apa yang dimiliki rakyat Sarawak. Rumah yang didiami mereka bukan atas tanah sendiri. Mereka telah dinafikan geran (Trend BN mengawal rakyat, senang nak mengugut jika rakyat susah).

Kemiskinan yang berlaku dikalangan penduduk Sarawak khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang adalah jauh lebih teruk daripada yang dibayangkan.

Tiada geran tanah

Menurut calon PAS yang bertanding di DUN berkenaan, Noraini Hamzah (Kak Ani), kebanyakan rakyat tidak memiliki apa-apa harta benda walaupun tanah yang mereka duduki, kerana ia tidak diberi geran hak milik.

Ini katanya, menambahkan beban kehidupan rakyat apabila lebih satu keluarga tinggal di dalam rumah yang mereka bina atas tanah yang bukan milik mereka itu.

"Ada yang tinggal lebih 15 orang dalam satu rumah, bukan satu keluarga, anak yang dah kahwin pun duduk (di)situ, cucu yang dah kahwin pun duduk (di)situ, satu keluarga dalam sebuah rumah,"ujarnya ketika ditemui skuad Buletin Online pada Sabtu, 9 April.

Masih guna dapur kayu


DHAIF: Dalam keadaan kemajuan yang diwar-warkan pemimpin BN, masih ada lagi rakyat menggunakan dapur kayu untuk memasak. | foto Buletin Online
Dengan kemajuan yang diwar-warkan pemimpin Barisan Nasional (BN), masih lagi wujud rakyat di pinggir bandar yang masih menggunakan dapur kayu untuk memasak kerana tidak mampu untuk membeli dapur dan gas.

"Percaya tak? dalam zaman yang moden (kini) masih lagi orang memasak (guna) dapur kayu!,"jelas Kak Ani, menceritakan kemiskinan rakyat, khususnya yang berlaku disekitar kejiranan kediamannya, Kampung Tanjung Bundong.

Guna air tadahan hujan

Lebih memeritkan, dalam keadaan pemimpin BN yang memimpin Sarawak sebelum ini yang hidup dengan serba kemewahan dan kaya-raya dengan harta bertimbun-timbun di luar dan dalam negara, rakyat pula mendiami rumah yang tak seperti rumah.

’Rumah’ yang didiami penduduk Sarawak bukanlah rumah seperti Taib Mahmud yang kaya-raya. ’Rumah-rumah’ mereka disusun dengan kayu-kayu buruk untuk dijadikan 'pondok berlindung' sebuah keluarga.

Menurut Penasihat Kontinjen PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, ia adalah satu tragedi yang menyayat hati apabila, Taib Mahmud hidup dengan segala kemewahan, namun rakyat dibiarkan merana dalam kesusahan.

Cuba bayangkan, bagaimana kawasan penduduk Melayu di Kota Samarahan, terdapat penduduk kaum Iban yang tinggal dikampung Merang dan Merang Baru didalam daerah mengundi Semarang masih mandi dalam air parit dan menerangkan kegelapan malam dengan hanya cahaya lilin padahal kawasan itu terletak tidak jauh dari bandaraya Kuching, sekitar beberapa puluh kilometer sahaja.


TIADA BEKALAN AIR: Air hujan ditapis seorang penduduk untuk dijadikan air minuman. | foto Buletin Online
Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu juga merasa terkejut dengan keadaan kesusahan dan keperitan hidup penduduk kawasan itu.

Beliau terkejut melihat penduduk di Kampung Merang Baru yang menadah air hujan kemudian menapisnya untuk dijadikan air minuman.

Realiti kehidupan sebenar penduduk luar bandar di Sarawak ini ’dinyahkan’ dari pengetahuan dunia luar oleh pemimpin BN dan media massa pro BN. Berita kononnya rakyat Sarawak hidup senang di bawah BN hanyalah momokan berita dusta untuk mengelabui mata rakyat.

Dalam keadaan pemimpin BN negeri Sarawak hidup senang-lenang dengan hasil rompakan khazanah negeri yang sepatutnya digunakan untuk membela dan membantu rakyat, tapi diagihkan sesama kroni untuk kehidupan yang serba kemewahan.

Sungguh malang nasib rakyat Malaysia amnya Sarawak khasnya di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ubahlah sebelum padah!....demi masa depan anak-cucu kita.



Disunting dari : Buletin Online
Dikuasakan oleh Blogger.