Header Ads

[Video] Maju ke Sarawak di bawah BN?

Oleh Rakyat DUN Muara Tuang




Tajong Bundong, Kota Samarahan, Sarawak - Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak mendesak agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Sabang yang hanya seluas 243 Meter di antara Tanjong Bundong, Muara Tuang dengan Asajaya

Perkhidmatan Feri yang berbayar yang telah beroperasi sejak tahun 1979 itu tidak lagi relevan kerana pengguna jalanraya dengan kenderaan bermotor semakin bertambah, saban hari menjadikan jalan tersebut sebagai laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kuching, Kota Samarahan dengan kawasan pedalaman seperti Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

Malah jika air surut, feri tidak dapat beroperasi dan kenderaan seperti kereta, van, bas, lori akan terkandas beberapa jam.Pada waktu kecemasan, seperti laluan ambulan..ambulan terpaksa menunggu feri datang untuk ke seberang Sungai Sabang
Dikuasakan oleh Blogger.