Header Ads

[Video] Rakyat Sarawak dizalimi kerajaan BN



WarkahDaily
– Selama ini kita dikelabui mata oleh media pro Barisan Nasional yang sentiasa menyogok berita palsu konon negeri yang diperintah mereka telah maju dan makmur.

Namun bila tiba pilihanraya umum Sarawak, jelas sekali apa yang dimomokkan berita arus perdana pro BN adalah palsu dan tidak diterima akal.

Apa yang tidaknya, rakyat Sarawak semakin hidup dalam tekanan. Mereka semakin terdesak apabila perkara asas kehidupan yang berkaitan kediaman dan tapak kediaman telah diperlakukan teruk oleh pimpinan BN yang begitu rakus merampas dan menidakkan hak rakyat Sarawak terhadap tanah kediaman mereka.

Kerajaan yang sepatutnya membela rakyat sendiri namun sebaliknya berlaku di Sarawak, tanah rakyat dirampas untuk diagihkan kepada kroni.

Berapa lama lagi rakyat Sarawak mahu diperlakukan sedemikian oleh pemimpin BN Sarawak?

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak mengubah kerajaan sekarang kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membela nasib rakyat dan masa depan anak-anak bumi Sarawak.

Ubah sebelum padah!
Dikuasakan oleh Blogger.