Header Ads

Video seks: Memanglah tulen, tapi siapa...

WarkahDaily – Video seks yang ditayang tiga budak nakal (Datuk T) telah diberitahu oleh Ketua Polis Negara bahawa ianya adalah tulen.


Video seks ini dikatakan tulen tapi siapa pelakonnya?
Aku kata, aku mengiyakan saja apa yang KPN tu cakap...sebabnya, melalui cerita para wartawan yang duk menonton video lucah tu, masing-masing duk cerita, pelakon video lucah bermuka Anwar tapi perut buncit sedang bersenggama dengan seorang wanita rakyat asing.

Kenapa aku mengiyakannya? Ya lah, kalau video tu tak tulen, bagaimana para wartawan yang duk ’seronok’ menonton video tu boleh kata ada pelakon muka mirip Anwar sedang bersenggama...kalau tak tulen, bagaimana mungkin gambar pelakon yang sedang bersenggama itu melakukan beberapa posisi tut..tut..

Jadi engkau percayalah si pelakon adalah Anwar? Aku percaya?...no..no..Siapa cakap aku percaya? Aku cuma cakap, video tu tulen seperti kata polis tapi yang tulen tu siapa dalam video..itu aku tak tau ler.

Yang menjadi persoalan, bukan ketulenan video berkenaan tapi siapakah yang tulen dalam video berkenaan?

Pihak polis kena cari siapa yang melakonkan watak Anwar berperut buncit dalam video berkenaan. Kenapa perlunya keluarga Anwar melakukan sumpah laknatnya...ini bodoh namanya.

Jadi, video tulen itu memang ada pelakonnya...tapi siapakah dia..jadi...kerja polis kena pi cari siapa yang melakonkannya. Bukannya gantung percakapan (cakap tak habis), ’video seks adalah tulen’...betullah tulen, tapi siapa punya kerja...siapa muka yang didakwa seiras Anwar tu...
Dikuasakan oleh Blogger.