Header Ads

Video seks: Siapa sebar dalam internet?

WarkahDaily – Hancur mulus dah masyarakat kita yang dulu dikatakan penduduk timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, tapi kini sebaliknya.


Bagaimana nasib masa depan anak-anak kita? | foto hiasan
Siapa sangka sebelum ini, masyarakat malu dan rasa janggal bila berbicara dengan video seks. Bila berbicara pasal video seks, sudah tentu mata akan tertoleh kepada anak muda yang rosak moralnya, yang suka bersosial tapi kini lain pulak jadinya.

Masyarakat kita yang sebelum ini begitu mual bercakap pasal pendidikan seks pun, kini dah lain pulak jadinya. Seks dah jadi buah mulut, menonton secara beramai-ramai dan tak lekang juga, ada yang duk terkial-kial mencari ’mana video seks ni?’ dalam internet.

Hari ini, dikhabarkan ianya telah tersebar luas di internet. Bagaikan goreng pisang panas, ianya bagaikan lubuk emas, ramai duk ’melombong’, cuba melihat porno yang dikatakan susuk badan kepunyaan pemimpin PR, Anwar Ibrahim.

Jika ranking pencarian google atau pelbagai lagi enjin pencarian internet, dah pasti video seks Anwar top ranking, melebihi sesawang lucah mungkin. Itu bukan perkara yang mahu dibicarakan.

Tetapi, kelembutan penduduk timur selama ini yang dikatakan pemalu dan bersopan-santun akhirnya ’tercabul’ juga dek hasil tiga sekawan (Datuk T) yang mungkin dikontrol beberapa pemimpin yang takut dengan pengaruh Anwar yang telah menayang video porno (seks) tanpa mengambil sempadan nilai moral sebagai bangsa Melayu dan umat Islam.

Tapi yang mengejutkan, ada pihak cuba melindungi si penayang porno namun akhirnya tewas dengan tekanan masyarakat yang masih lagi berpegang dengan moral ketimuran.

”Hangpa dah tengok ke video seks Anwar, ” tanya seorang kenalan. Mak oi, apa soalan engkau ni? Fulamak, dah semakin canggih Melayu kita ni sekarang. Malaysia boleh!

Berita jam 8 malam, tajuknya, ’videi seks seorang pemimpin yang didakwa pemimpin pembangkang tersebar di internet sambil menayang sedikit ’preview’ si pelakon seks dalam video berkenaan. Malu sungguh si bapak dengan anak depa.

Si anak kecil, remaja mula berfikir mungkin, apa dah jadi dengan orang tua sekarang ni. Dah buang tebiat ke apa...video seks bukan lagi benda yang dimalukan untuk dibicarakan, bahkan sesuka hati pulak dapat ditayang kepada umum.

Si penjenayah jual CD, VCD dan DVD lucah mula mempertikai undang-undang yang dikuatkuasakan, ”kenapa aku kena, tapi depa selamat, ini tak adil namanya ” bentak si penjenayah.

Sebelum itu, pihak yang mengaku Datuk T dan mendakwa mereka sahaja yang memiliki video itu dengan tegas menyatakan video berkenaan tidak akan disebar kepada umum, bahkan hanya mereka sahaja yang memiliki video berkenaan dan sekarang video berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Tapi kenapa ianya tersebar juga? Siapa yang sebar dalam internet?


Sah, ada permainan di sebalik ini semua seperti yang diatur remote kontrol Datuk T. Memang niat depa nak memalukan si tertuduh walaupun belum disahkan betul.

Sekarang apa mahu buat, penguasa semacam tidak ambil hal kejadian penayangan video seks. Lebih teruk dari Indonesia la jawabnya. Indonesia pun dilihat lebih bermoral daripada kita kerana menghukum si pengedar video lucah.

Alamak, tajuk-tajuk blog pun lebih sensasi dengan tajuk ’video lucah tersebar’. Memang laku habis.

Sekarang hangpa fikirlah, apa nasib generasi akan datang, apa akan jadi dengan negara ini jika kelangsungan kelucahan terus menerus akan dijadikan senjata ampuh untuk berhadapan dengan musuh politik.

Padahal negara yang diperintah bukan Islam di seluruh dunia pun tidak sekeji, tidak sekotor, tidak sejijik itu mahu menjatuh seteru politik mereka. Tapi kita yang mengaku bangsa yang mulia di dunia, mengaku sebagai umat Islam tapi tiba-tiba dah meruntuhkan kemuliaan Islam dengan sekelip mata di mata dunia.
Dikuasakan oleh Blogger.