Header Ads

Akhirnya berjaya ujian mengampu Kimma demi habuan dari BN

WarkahDaily – Posting WarkahDaily pada 19 April lepas telah menyebut betapa terdesaknya presiden Kimma mengharapkan sesuatu daripada Barisan Nasional (BN) namun dilihat usaha presiden Kimma itu belum cukup lagi tahap ampunya untuk diangkat.


Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader
Sudah menjadi adat, sesiapa yang sanggup serang Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpinnya, Najib akan ambil kira untuk diangkat untuk jadi menteri, timbalan menteri atau senator. Bukan benda pelik pun jika ada yang terlalu terdesak mahu jawatan, sudah pasti PR akan dijadikan mangsa belasahan.

Dilaporkan minggu lalu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader telah dinobatkan sebagai senator oleh Najib selepas ujian mengampunya telah berjaya mendapat perhatian Najib.

Menurut The Malaysian Insider, Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu.

“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan.

Sebelum itu, presiden Kimma telah menuduh PR telah menyogoknya agar menyertai pakatan itu. Konon beliau disogok RM55 juta dan jawatan dalam PR jika mengajak Kimma menyertai pakatan itu. Baca seterusnya di sini.

Semua orang sedia maklum kenapa sampai begitu terdesak puak Kimma menyerang PR sambil menyatakan kesetiaan kepada BN. Semuanya kerana mahu menjadi Melayu, mahu hak yang sama dengan orang Melayu.

Akhirnya, dengan pelantikan itu, berjayalah ujian mengampu Kimma terhadap Najib dan BN selama ini.

Tak peliklah selepas ini, Kimma akan dinobat pula sebagai kaum bumiputera atau Melayu di negara ini.

Sudah pasti 'kedai mamak' makin bertambah di negara ini selepas ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Dikuasakan oleh Blogger.