Header Ads

Badminton Piala Sudirman 2011: Malaysia bangkit elak dikejutkan Rusia

QINGDAO: Lee Chong Wei menjadi inspirasi Malaysia bangkit mengelak kejutan Rusia untuk menang 4-1 dalam Piala Sudirman.


Lee Chong Wei mengembalikan pukulan Ivan Sozonov dari Rusia dalam pertemuan mereka dalam Piala Sudirman di Qingdai, China semalam. | foto AFP
Sebelum itu, England berjaya memberi tekanan kepada Korea Selatan sebelum tunduk kepada kualiti dan stamina pasukan Asia itu.

Situasi hampir sama berlaku kepada Malaysia dalam perlawanan pembukaan apabila beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tumbang 21-19, 21-18 kepada Alexander Nikolaenko-Valeria Sorokina.

Ini bukan kali pertama, Lee menjadi penyelamat buat Malaysia dengan mengobarkan semangat rakan sepasukan untuk menundukkan Ivan Sozonov 21-9, 21-10 dalam temph 26 minit.

Lee mengakui dia agak terganggu dengan sinaran lampu arena itu berkata, 'Saya rasa saya bermain bagus dan lebih baik daripada lawan saya hari ini walaupun saya mampu melakukan lebih baik lagi.

"Kami memiliki pasukan yang mantap dan sukar dikalahkan. Sasaran kami ialah dikalangan empat pasukan terbaik."

Denmark memulakan kempen dengan membelasah England 5-0. China juga menang besar dengan mengalahkan Jerman 4-1.

Pasukan Jerman sekali lagi menempa kekalahan 4-1 kepada Jepun.

India tetap berjaya menundukkan Thailand meskipun pemain wanita nombor empat dunia, Saina Nehwal dikejutkan dengan kekalahan 21-14, 22-20 kepada Ratchanok Inthanon. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.