Header Ads

Barua Umno terdesak sebar video lucah di masjid dan kawasan perumahan

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei mendakwa, video lucah dipetik dari youtube mirip ketua pembangkang tersebar meluas di beberapa masjid dan kawasan perumahan bertujuan melenyapkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi pihak berkuasa.

Video berkenaan diambil daripada blog-blog tertentu telah dimuat turun ke dalam video cakera padat (VCD) selain gambar-gambarnya telah tersebar dalam bentuk risalah dan poster.

“Saya mendapat laporan daripada ahli- ahli parti yang memantau keselamatan di kedua dua lokasi itu, mengapa PDRM bersekongkol dalam penyebaran VCD lucah itu sedangkan mereka wajib diangkat martabatnya menjadi sebuah institusi yang diyakini rakyat dan lebih berintegriti bukannya menjadi alat politik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, video lucah dan poster tersebut diedarkan di lokasi ceramah anjuran Cabang Kota Raja iaitu di Kampung Jalan Kebun dan tempat kedua ceramah anjuran Cabang Subang iaitu di Kampung Melayu Subang.

Suhaimi dalam kenyataannya mencabar PDRM untuk menjelaskan perkara tersebut kerana rakyat ingin tahu bagaimana VCD yang dikatakan asli dan hanya satu keping dalam simpanan polis boleh tersebar meluas.

“Bagaimana ia boleh terlepas dan disebarkan di Internet dan blog serta kini disebarkan di ceramah- ceramah sekali gus ini menyebabkan rakyat tertanya- tanya dan hilang kepercayaan kepada PDRM.

“PDRM perlu mengembalikan kepercayaan rakyat dan mendakwa anggota jika benar dakwaan sumber dalaman yang mengatakan pembabitan polis dalam penyebaran tersebut,” dakwanya. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.