Header Ads

Bekas menteri Mesir dipenjara 12 tahun

KAHERAH: Bekas Menteri Dalam Negeri Mesir, Habib al-Adly dihukum penjara 12 tahun kerana memalsukan dan mencatu wang rakyat, menurut pegawai mahkamah, semalam.


Bekas Menteri Dalam Negeri Mesir, Habib al-Adly
Hukuman Habib itu dilihat sebagai menekankan kehendak Majlis Tertinggi Tentera Mesir menunjukkan komitmen mereka bertindak terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berleluasa di negara itu.

Habib dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana memalsukan wang, dengan lima tahun lagi kerana mencatu wang rakyat.

Agensi media tempatan melaporkan, segala aset miliknya bernilai 23.3 juta pound Mesir (RM11 juta) yang berkaitan dengan kes turut dirampas.

Selain itu, Habib turut berdepan dengan dua tuduhan berbeza, iaitu membunuh ratusan penunjuk perasaan ketika pemberontakan yang berjaya menggulingkan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 11 Februari lalu, serta membazirkan duit awam.

Lebih 800 orang terbunuh dalam demonstrasi itu, apabila pihak berkuasa melepaskan tembakan menggunakan peluru getah dan hidup terhadap penunjuk perasaan aman.
Dikuasakan oleh Blogger.