Header Ads

Cas hantar email 1Malaysia RM0.50 bukti ianya sekadar ladang menternak kroni Najib

WarkahDaily – Tiada apa yang istimewa dengan pengumuman Najib terhadap email 1Malaysia yang dikatakan sebelum ini adalah percuma disediakan untuk rakyat Malaysia.

Namun, pengakuan syarikat Tricubes Berhad yang diberi tender projek email berkenaan telah mengaku khidmat e-mel 1Malaysia yang bakal disediakan adalah hayat kewangan bagi syarikat berkenaan.

Sebelum itu, kita dilaporkan Tricubes Berhad berhadapan risiko dibatalkan penyenaraian mereka di Bursa Malaysia. Syarikat yang dikatakan dimiliki adik Najib itu sedang berusaha untuk kembali kukuh di papan bursa, kini telah diberi ‘kayu sakti’ oleh Najib bagi mengelak terbatal penyenaraian di bursa.

Namun yang peliknya, selepas Najib mengumumkan ianya percuma untuk rakyat Malaysia, tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri untuk mengerakkan projek ini telah mengumumkan setiap email yang ingin dihantar pemilik email akan dicas RM0.50.

Sekarang ini, kita dilambak dengan pelbagai pengeluar email termasuk dalam negara dan luar negara yang disediakan secara percuma dan tiada cas dikena bila menghantar email.

Boleh dikatakan di negara ini, ramai rakyat Malaysia sudah memiliki email percuma yang tiada cas tersembunyi itu. Antara penyedia email yang memberi perkhidmatan yang menjadi banyak pilihan ialah akaun Gmail.com, Yahoo.com, Hotmail.com dan sebagainya. Itu tidak termasuk email yang disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berdaftar dengan Gov.my atau di bahagian akademik yang berdaftar dengan Edu.my dan lain-lain sektor.

Jadi, secara logik, kenapa kerajaan Najib terus bikin projek konon email percuma untuk rakyat tapi dalam waktu yang sama diperakui sendiri oleh syarikat pembekal email 1Malaysia, email yang dihantar akan dicas RM0.50.

Apa relevannya projek sebegini jika sekadar mahu rakyat mudah untuk berhubung dengan kerajaan kononnya padahal, apakah ianya betul-betul berkesan. Banyak lagi platform lain yang boleh digunakan kerajaan untuk memudahkan rakyat berurusan dengan pentadbiran kerajaan.

Padahal ini semua adalah sebagai batu loncatan bagi syarikat kroni mencari lubang memenuh kantong sendiri semata-mata. Ia sekadar lubuk kerajaan BN menternak kroni-kroni untuk jadi kaya-raya.
Dikuasakan oleh Blogger.