Header Ads

Chua Soi Lek sahkan Umno sekular, PAS perjuangkan Islam sebenar

WarkahDaily – Tapi sebelum aku ulas pasal tajuk posting kali ini, aku nak cakap sikit kat sesiapa sahaja yang terhegeh-hegeh ajak PAS sertai BN tu, usah mimpi di siang hari la.

Jangankan pemimpin kafir MCA nak bagi nasihat kat PAS agar tinggalkan dasar Islamnya jika mahu sertai BN, bahkan PAS awal-awal lagi dah menolak pelawaan Najib yang tak reti malu tu. Nak nasihat apa laginya kalau orang tak mahu. Hang memang muka tak malulah.

Woi!...parti tempat PapaGomo cari makan dah nak lingkup dah ke sehingga tak habis-habis nak cari tempat bergantung hidup dengan PAS. Sehingga kini, tak malu tak segan asyik duk merayukan kat PAS masuk Umno-BN sebagai tempat depa nak berpaut tangan.

Kadang-kadang aku tengok kesian jugak dengan depa ni..orang cakap tak mahu pun, masih lagi terhegeh-hegeh nak pikat PAS. Woi, kalau hangpa nak sangat, hangpa keluar Umno-BN lepas tu sertai PAS.

Ada berani Najib sertai PAS? Hahaha...kalau Najib sertai PAS, macamana PapaGomo nak cari makan woi...

Berbalik kepada tajuk sebenar posting aku kali ini.

Presiden salah satu parti kafir dalam BN, MCA Chua Soi Lek beriya benar nasihat kat PAS supaya tinggal dasar Islamnya jika mahu sertai BN. Dengan kata lain, hanya parti sekular totok, parti yang benci Islam dan tolak dasar Islam sahaja yang layak duduk dalam BN. Kalau hangpa cerdik, hangpa boleh bikin sendiri ulasan aku selepas ini.

Yang pasti, Chua sekadar bermimpi di siang hari. PAS awal-awal dah tolak pelawaan bodoh Umno dan secara automatik, PAS konsisten dengan dasarnya iaitu Islam.

Yang pertama, Chua sekali lagi menempelak barua-barua Umno termasuk blogger-blogger Umno...tak terlepas PapaGomo yang selalu duk tuduh PAS dah tinggal dasar Islamnya selepas bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Woi PapaGomo!...Kalau hang sebelum ini tuduh PAS dah tak perjuangkan Islam semenjak bersama DAP, tapi kenapa pemimpin kafir komponen parti hang tu mintak PAS gugurkan dasar Islam jika nak bersama BN. Bermakna selama ini, PAS konsisten dengan dasar Islamnya sehingga menimbulkan keresahan dan ketakutan di pihak parti kafir dari BN itu.

Yang kedua, Chua telah mengesahkan MCA dan Umno adalah sebulu dan sejiwa iaitu parti sekular yang tersekular di Malaysia.

MCA takut dengan Islam yang diperjuangkan PAS...Umno pun apa kurangnya sehingga pernah pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan, pemerintahan Islam tidak sesuai di zaman sekarang.

Chua Soi Lek telah mengesahkan hanya parti yang tidak perjuangkan Islam, benci dengan Islam dan sekular sahaja yang layak sertai BN. Jadi Umno yang duk kata depa juga perjuangkan Islam selama ini adalah tidak benar sama sekali. Kalau PapaGomo tak mahu percaya juga, baik dia pi diskus balik dengan Chua Soi Lek tu.

Patutlah ramai juak-juak dalam Umno termasuk Perkasa begitu cuak dengan Chua Soi Lek ni. Chua adalah liabiliti kepada Umno konon bagi mereka kerana Chua sentiasa dedahkan secara tidak sengaja wajah sebenar Umno satu persatu kepada umum.
Dikuasakan oleh Blogger.