Header Ads

Cis...setaraf Angola je

WarkahDaily – Siang dan malam duk jaja, Malaysia adalah negara yang bebas, pemimpin negara sokong kebebasan, Malaysia adalahh negara yang mengamalkan kebebasan dan sebagainya. Cis…setakat manis di mulut, tapi sebenarnya itu semua bohong belaka.

Woi PapaGomo!...kamu sekadar setaraf dengan Angola dan Madagascar aje la. Hehehe..setaraf negara Afrika aje.

Semalam, Malaysia diberitakan setaraf dengan Angola dan Madagascar, dua buah negara Afrika iaitu dalam kategori tidak bebas.

Malaysia terus jatuh dalam senarai kebebasan media apabila diletakkan pada kedudukan 143 dari 196 negara yang disenaraikan sempena Hari Kebebasan Media.

Malaysia mendapat 64 markah dari 100 markah yang diberikan. Lagi banyak markah lagi tidak bebas sesebuah negara dalam medianya.

Indeks kebebasan media Malaysia terus menjunam dari tahun ke tahun berbanding di kedudukan 92 pada tahun 2006, 124 (2007), 132 (2008), 131 (2009) dan 141 (2010).
Bukti kebebasan media di Malaysia semakin teruk

Salah satu bukti teruknya kebebasan media di Malaysia, nasib yang menyelumbungi Hatta Wahiri, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang kini dipecat oleh majikannya Utusan Melayu kerana mengkritik syarikat media milik Umno itu.

Menurut Wartawan Tanpa Sempadan (RWB), tindakan pihak-pihak tertentu menyerang beberapa laman web dengan D-DOS sepanjang pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga termasuk dalam senarai peristiwa anti kebebasan media di negara ini.

Umno-BN masih takut

Dah kuasa semua media massa, tapi masih nak sekat sana-sini. Seolah-olah Umno-BN tidak mempercayai hasil kerja dan kebolehan media massa yang dikuasainya menyekat kemaraan rakyat mengetahui berita lebih telus dan bebas.

Ini menunjukkan parti kesayangan PapaGomo tersangat pondan kerana tak berani berhadapan kebenaran dan kebangkitan rakyat.

Walaupun semuanya dikawal, Umno-BN masih lagi terus mengongkong kebebasan media kerana Najib pun tahu kekuatan media baru, bebas dan menjadi alternatif bagi rakyat.

Najib pun setuju, media baru memberi kesan buruk kepada Umno-BN dalam PRU akan datang.
Dikuasakan oleh Blogger.