Header Ads

Dah cakap dah, BN memang celaka, harga minyak dunia turun pun depa naikkan RON97

WarkahDaily – Berbanggalah hangpa wahai ahli-ahli Umno-BN atas kekejaman kerajaan BN yang memang ‘mendahulukan rakyat’ dalam hal memeras wang rakyat.

Konsep gagasan 1Malaysia yang dikatakan mendahulukan rakyat itu adalah temberang semata-mata. Memang dahulukan rakyat, dahulukan peras wang rakyat. Bila tak cukup duit nak memerintah, peras wang rakyat didahulukan oleh kerajaan BN.

Hari tu cakap, kerajaan tak mampu lagi nak menanggung subsidi harga petrol sehingga kerajaan BN terpaksa menaikkan harga petrol selaras dengan kenaikan semasa dunia.

Dengan kata lain, bila harga minyak dunia naik, secara automatik harga minyak di negara kita pun naik juga.

Setakat hari ini, ini adalah kali ke tujuh harga bahan bakar itu dinaikkan kerajaan sejak 31 Januari lalu, selepas ia diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Kenaikan terbaru adalah pada 4 Mei, baru-baru ini (kelmarin) iaitu kenaikan RM0.20 menjadikan harga petrol tertinggi dalam sejarah negara RM2.90 seliter.

Semuanya dikatakan kerana terpaksa dinaikkan kerana ikut harga pasaran dunia. Tanpa menghiraukan bebanan dihadapi rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kemampuan kewangan untuk menyara hidup mereka. Itu tak termasuk kenaikan harga barangan keperluan lain lagi.

Tapi yang kejam lagi, hari tu bukan main cakap – harga petrol dinaikkan atas sebab harga petrol dunia naik. Namun kenaikan harga petrol kelmarin dilaporkan tidak mengikut harga pasaran dunia.

Lapor Keadilandaily, ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.

Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.

Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.

Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu. Baca di sini.
Dikuasakan oleh Blogger.