Header Ads

EPL: Carlos Tevez pastikan Man City pintas Arsenal

LONDON: Dua gol jaringan Carlos Tevez membantu Manchester City menundukkan Stoke 3-0 untuk melonjak ke tangga ketiga EPL, sekaligus memastikan juara Piala FA itu kini dalam kedudukan terbaik untuk kemasukan terus ke Liga Juara-juara Eropah.


WIRA Manchester City, Carlos Tevez (kiri) ketika melepaskan sepakan padu jaringan gol salah satu daripada dua jaringannya ketika pertemuan dengan Stoke City di Stadium City of Manchester pada 17 Mei 2011. | foto Getty Images
Joleon Lescott menjaringkan satu lagi gol City dan menambah duka Stoke yang sebelum ini tewas 1-0 kepada City dalam final Sabtu lepas.

Lebih penting lagi, kemenangan itu menyaksikan City memintas Arsenal di tempat ketiga dengan hanya tinggal satu lagi baki perlawanan musim ini.

Walaupun empat kelab teratas England layak ke Liga Juara-juara, jikalau City berjaya menewaskan Bolton hujung minggu ini mereka akan dapat layak terus ke undian utama dan mengelakkan beraksi di pusingan kelayakan di mana mereka mungkin bertemu Bayern Munich atau Villarreal. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.