Header Ads

Eskay mengaku berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand

WarkahDaily – Patutlah duk sebar video lucah sebarangan, rupa-rupanya berkawan dengan pemberontak. Laporan Harakahdaily menyebut ahli perniagaan sensasi yang bergelumang dengan penyebaran video lucah di Malaysia, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dilaporkan didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.

Dakwaan itu dibongkarkan oleh laman sesawang sensasi, WikiLeaks dengan kerjasama Malaysia-Today yang dimiliki Raja Petra Kamarudin. Pembongkaran itu dikatakan bersumberkan satu kabel rahsia Amerika Syarikat dengan bersandarkan kepada satu salinan kertas cadangan berhubung perdamaian di Selatan Thailand, yang diserahkan Eskay kepada pegawai kedutaan Amerika Syarikat, Mark D Clark, pada 5 Februari 2006..

Sumber itu menyebut Eskay telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.

Laporan Harakahdaily

“Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia,” kata kabel yang didedahkan tersebut.

Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.

Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau, dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.

“Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain,” tambal kabel itu lagi. Baca seterusnya di sini.


Eskay mengaku bersekongkol dengan kumpulan pemisah Selatan Thailand

Hasil daripada pendedahan itu, Eskay yang kini dikenali kerana penyebaran video seks yang dibikinnya untuk mengaibkan Anwar Ibrahim telah mengaku beliau memang terlibat secara langsung dengan kumpulan pemberontak berkenaan seperti yang didakwa.

Sambil menyebut, pendedahan itu 90 peratus tepat dan beliau tidak menafikan penglibatannya dengan pemberontak Thailand itu.

“Kebanyakan informasi yang didedahkan menerusi laman itu adalah betul, hampir 90 peratus betul, saya tidak nafikan yang saya terlibat secara langsung dengan kumpulan pemisah Selatan Thailand, malah sejak dilantik sebagai Konsul Kehormat Thailand di Langkawi pada 2004, saya didatangi banyak kumpulan dari Thailand yang mengalami pelbagai masalah.

“Bagaimanapun, laporan itu tidak lengkap, bukan salah Mark, cuma dia datang sebelum kertas cadangan sebenar dimeterai antara wakil Malaysia dan Thailand pada 14 Februari 2006,” jelas Eskay dalam sidang media di rumahnya.
Dikuasakan oleh Blogger.