Header Ads

Hampir satu pertiga rakyat Malaysia cari kerja menerusi dalam talian

Hampir satu pertiga daripada rakyat Malaysia mencari kerja menerusi dalam talian tetapi ramai yang semakin bimbang tentang kesan negatif terhadap kerjaya berpotensi daripada kandungan peribadi, demikian menurut satu hasil kaji selidik yang dikendalikan oleh Kelly Services, peneraju penyelesaian tenaga kerja global.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa, walaupun, media sosial merupakan instrumen pekerjaan yang aktif, kebimbangan masih ada bahawa ia boleh menjejaskan kerjaya.

"Hampir separuh daripada responden mengaku sengaja menyunting kandungan dalam halaman perangkaian sosial mereka bagi mengelak masalah kerjaya," kata firma itu dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Kelly Services Singapura dan Malaysia Melissa Norman berkata, pada Februari, terdapat lebih 350,000 individu yang menganggur dan syarikat-syarikat mencari kaedah yang inovatif bagi mendapatkan tenaga kerja yang berpotensi.

"Perangkaian sosial telah membolehkan syarikat merapatkan jurang dengan calon berpotensi," kata Norman sambil menambah perangkaian sosial telah mengubah cara orang mencari kerja dan terlibat dalam perbualan tentang peluang kerja. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.