Header Ads

Hati-hati orang Melayu! rakan Umno, MCA mahu hak istimewa Melayu digugurkan

WarkahDaily – Sebenarnya cabaran yang dibuat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap PKR, konon akan mengundi PKR jika parti itu menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia, jelas sekali selama ini MCA memang ada hati mahu hak istimewa orang Melayu digugurkan.

Malahan, cabaran yang dibuat ini tersangat bahaya jika orang Melayu terus memberi sokongan kepada sekutunya dalam BN termasuk Umno kerana jika kuasa kerajaan terus diberikan kepada BN, nescaya secara tak langsung, MCA akan terus berkesempatan untuk memasang cita-citanya untuk menggugur hak orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.

Buktinya sekarang, Melayu sentiasa jadi bahan tolak-menolak dalam masalah politik di negara ini. Kerana Melayu terkeliru dengan harapan kosong yang diberikan Umno selama ini, sehingga mereka tertipu secara terus menerus memberi sokongan kepada Umno-BN, tanpa mereka sedar, hak-hak istimewa mereka selama ini sedikit demi sedikit tergadai.

Cabaran yang dibuat Soi Lek merupakan itulah rupa sebenar parti yang merupakan sahabat karib Umno itu.

Padahal, hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009.

Sekarang amat jelas sekali, cabaran itu merupakan satu penghinaan MCA terhadap orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

Sekarang nampak semacam karib MCA, iaitu Umno nampak bersetuju dengan cabaran itu. Kalau tak kenapa tiada bantahan. Termasuklah Perkasa yang sekadar pandai bertempik-melolong mahu perjuangkan Melayu, tetapi MCA nak gugurkan hak istimewa Melayu tak dipedulikan.

DAP yang tak pun cakap nak gugurkan hak orang Melayu, bahkan telah mengambil satu keputusan bersama parti-parti dalam PR untuk terus mengekalkan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, namun mereka ini dituduh Perkasa dan Umno mahu meruntuhkan orang Melayu.

Tapi sebaliknya, dah 50 tahun lebih negara diperintah Umno-BN, sedikit demi sedikit bangsa Melayu terpinggir. Kenapa Melayu tidak maju sehingga kini?

Sebenarnya, hak istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini.

Hak istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana pengkhianatan Umno yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka.

Jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tanpa pengkhianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini.

Tapi kini realitinya orang Melayu sekadar bertempik di kandang sendiri tapi tiada siapa peduli lagi masalah mereka.

Sekarang pun, orang Melayu bukan sahaja tidak diberi perhatian, bahkan makin terpinggir ke kawasan luar bandar. Bantuan dua tiga kampit beras, dua tiga kilo gula, wang RM200 atau RM300 hanya dijadikan gula-gula pilihanraya. Seolah-olah orang Melayu ini bodoh dan mudah diumpan dengan umpan murah sahaja, tidak bagi kaum lain.

Ayuh orang Melayu, jangan mudah diperbodohkan lagi. Anda mungkin tiada rasa apa-apa, tapi bagaimana dengan anak cucu anda di masa akan datang? Apakah nasib mereka terjamin di tangan pemimpin sekarang?Anda tahu di mana kedudukan Melayu sekarang...hasil daripada berzaman-zaman diperintah Umno-BN, anda tahu di mana Melayu berada. Anda boleh menipu orang luar sana, tapi anda belum mampu menipu untuk diri sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.