Hentilah jadi ahli Umno sebelum anda dicop ‘sex-maniac’

Kerana juak-juak Umno-BN lah, bumi Malaysia kini telah dirundum ‘kemaluan’ yang dahsyat akibat perbuatan ‘tiga budak nakal’ yang sanggup jadi barua Umno-BN sebar fitnah (video seks).
Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.
Bahkan, lebih teruk dah memalukan lagi, pasal seluar dalam, air mani, keluar masuk *#$*& dalam #$&** pun tak menjadi masalah bagi depa.

Surat khabar arus perdana dan televisyen yang lebih suka menjadi barua Umno-BN dijadikan medan menyiarkan gambar-gambar lucah yang diambil daripada video lucah. Semuanya ditayang ke seluruh negara. Bahkan semua ini, seluruh dunia melihatnya.
Kerana ketandusan modal, Umno-BN akan gunakan apa saja modus operandi untuk melemahkan musuh politiknya. Kerana terlalu terdesak, benda-benda jijik, rendah moral, berita celah kain, selak kain dan sebagainya dijadikan bak hiburan fitnah politik sebagai usaha mengekalkan kuasa mereka.
Menurut MP Pokok Sena, mengikut sejarah, Umno-BN memang terbukti sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.

Dengan mendapat bantuan media arus perdana, segala kelucahan dan perkara jijik dijadikan bahan utama berita fitnah mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun. Semua nilai moral sudah hilang dalam diri mereka.
“Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.
“Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni,” tambah MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Jadi, rakyat Malaysia yang masih lagi duk terhegeh-hegeh nak jadi ahli Umno-BN tu, fikirlah banyak kali...jangan kerana untung dua tiga ratus buat sementara waktu digadai dengan maruah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam kerana perbuatan barua-barua Umno-BN yang terdiri daripada ‘sex-maniac’.
Jangan pula nanti, anda juga turut dicop sebagai ‘sex-maniac’.
Post a Comment