Header Ads

Kelantan akan bina stadium berkapasiti 40,000 penonton dilengkapi masjid

WarkahDaily – Siapa cakap kerajaan pimpinan PAS-PR tak mampu buat pembangunan, bahkan lebih bagus dari sesetengah negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) lagi.


MENTERI BESAR KELANTAN
Hari ini, kerajaan Kelantan yang diperintah PAS-PR semakin kedepan dalam memberi kepuasan kepada peminat sukan di negeri itu apabila Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan satu projek membina sebuah kompleks sukan disamping pembinaan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri itu.

Menurut Harakahdaily, pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata Nik Aziz.

Apa yang membezakan projek PAS-PR dengan projek Umno-BN ialah pembangunan yang dilakukan kerajaan PAS-PR tidak dipisahkan dengan roh Islam. Ia seiring dengan dasar pentadbiran kerajaan iaitu ‘Membangun Bersama Islam’.

Menurut Menteri Besar, stadium di kompleks sukan yang akan dibina itu bakal dilengkapi dengan masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.


ILUSTRASI ini dikatakan lakaran projek kompleks sukan termasuk stadium negeri Kelantan yang dicadang pada tahun 2007. Betul ke tidak ntah.
Berkaitan rekabentuk dan tender projek kompleks sukan berkenaan, ianya terpulang kepada arkitek yang diberi tanggungjawab dan tender akan dilakukan secara terbuka kepada mana-mana pemaju yang menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Tambah Menteri Besar lagi, projek itu nanti diharap dapat memberi kebaikan kepada masyarakat di negeri itu dan aktiviti sukan di negeri itu akan lebih berdaya saing.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," kata Nik Aziz.
Dikuasakan oleh Blogger.