Header Ads

Kopi serbuk babi: Tiga pengarah dihadap ke mahkamah

KLUANG: Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu.


Keratan akhbar yang melaporkan pihak berkuasa agama sedang menyamak kedai yang menghidang kopi serbuk babi. | foto Kosmo!
Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan.

Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa.

Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama. –Kosmo!

WarkahDaily – Kenapa sewenang-wenangnya bukan Islam jual bahan makan dan minuman yang ada kandungan babi atau benda-benda yang diharam oleh orang Islam makan?

Depa ni sengaja ke atau depa tak tahu benda-benda najis ’mughallazoh’ ni tak dibenarkan umat Islam makan bahkan tidak boleh menyentuhnya.

Siapa harus bertanggungjawab agar benda-benda macam ni tak berulang lagi dan umat Islam tidak terus dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.
Dikuasakan oleh Blogger.