Header Ads

Malaysia mahu jadi negara lucah

WarkahDaily – Nasib baik tak umum lagi ’seks merupakan industri’ di negara ini. Tapi sekarang, gambar lucah dah jadi perkara biasa di Malaysia.

Sebelum ini, bila pi kedai jual surat khabar, hanya akhbar tabloid-tabloid sahaja yang duk tayang gambar seksi di akhbar mereka. Lepas tu ada pulak tajuk-tajuk sensasi berbaur seks dipaparkan di muka depan akhbar. Nak cari makan maa.

Tapi sekarang, nampak semacam surat akhbar arus perdana pun dah mula ikut jejak akhbar tablod. Bahkan lebih dahsyat lagi sehingga sanggup ’cut clip’ video seks untuk dipaparkan dalam akhbar mereka.

Namun yang peliknya, seolah-olah macam dapat restu dari pihak pemerintah (kerajaan BN).

Kalau tak, kenapa tak diambil tindakan ke atas akhbar yang senang-lenang duk tayang potongan gambar menggiurkan di akhbar mereka.

Sedikit masa lagi, tak pelik lah kalau seks akan jadi daya tarikan di Malaysia.

Lapor Harakahdaily, sudah dua kali media arus perdana telah menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

“PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah,” tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

“Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?” tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

“Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

“Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?” soalnya lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.