Header Ads

Obama dakwa Osama terbunuh, Najib dan Hishamuddin turut gembira?

WarkahDaily – Semalam heboh satu laporan stesen berita Al Jazeera bahawa Osama Laden yang didakwa pemimpin besar Al Qaeda telah dibunuh tentera Amerika Syarikat kelmarin di bumi Pakistan.


AS dikatakan cuba membuat provokasi kematian Osama, namun kematian itu telah menimbulkan keraguan masyarakat dunia.
Menurut wartawan Al Jazeera di Kabul, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Osama adalah musuh nombor satu Amerika Syarikat semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001 apabila mendakwa Osama adalah dalang di sebalik serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New York dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang.

Baca laporan kematian Osama di Malaysiakini, Harakahdaily, Sinar Harian.

Namun dikatakan, kematian Osama itu didakwa diragui ramai. Baca sini.


Keakraban Najib dengan pemimpin Amerika yang dilihat sebulu dalam memerangi keganasan ala Amerika.
Najib nampak macam seronok Osama terbunuh

Di Malaysia, seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilihat gembira dengan laporan berkenaan.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden. Baca laporan seterusnya.

Bukan Najib aje, Hishamuddin juga tak tertinggal mahu menyatakan pendiriannya. Baca di sini.

Namun, Apakah kedua-dua pemimpin Umno-BN yang diberi amanah memimpin negara ini begitu optimis, negara ini akan aman di sebalik kematian Osama Laden? Apakah Najib dan Hishamuddin yakin, dunia akan lebih aman dengan gaya Amerika Syarikat memerangi keganasan?
Dikuasakan oleh Blogger.