Header Ads

Pasukan sorak Umno 'PERKASA' bodek Utusan selepas Suara Perkasa tak laku

WarkahDaily – Ntah dah berapa keluaran dah sekarang ni akhbar Perkasa (Suara Perkasa) berada di pasaran. Ntah hidup ntah mati dah, tak tahu ler.

Tapi buat malu-malu kucing pulak sekarang ni duk pi bodek akhbar milik Umno yang rasis (Utusan Malaysia). Dilaporkan esok (Jumaat), Perkasa akan berhimpun di depan pejabat akhbar milik Umno itu bagi membela akhbar rasis itu apabila Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan akan berhimpun secara aman di tempat yang sama bagi menyuarakan isu penyalahgunaan media seperti dipraktikkan Utusan Malaysia.

Tetapi yang peliknya, kenapa Perkasa, bukan Umno? Padahal Utusan adalah akhbar rasmi Umno. Apa kaitan Perkasa dengan Utusan?

Dilihat usaha Perkasa itu secara jelas memberi gambaran yang NGO mesra Umno itu dah jadi barua parti pemerintah. Nampak semacam Perkasa ini adalah pasukan sorak Umno bagi membantu Umno mengekalkan kuasa politiknya.

Perkasa telah diberi peranan oleh Umno secara diam-diam untuk memporak-perandakan negara dengan isu perkauman dan agama. Kelihatan Utusan dan Perkasa bergerak secara berpasangan dalam memprovokasi isu perkauman dan agama.

Benda yang tiada sengaja diada-adakan oleh Perkasa dan Utusan. Masing-masing telah diberi peranan oleh Umno yang kini tidak mampu lagi bergerak secara berseorangan dalam isu bangsa dan agama kerana takut dengan sekutu lain dalam BN iaitu MCA yang begitu lantang kebenciannya terhadap Islam.

Jadi, Umno gunakan Utusan dan Perkasa untuk mainkan isu perkauman dan bangsa agar tidak pulak nanti ditempelak oleh MCA, Gerakan dan MIC dalam BN. Seolah-olah Umno tiada kaitan dengan perkauman.

Namun, semua ini dapat diselindungi dengan kenyataan beberapa pemimpin Umno konon mereka tiada kaitan dengan tindakan rasis Perkasa dan Utusan. Padahal kedua-duanya itu adalah serumpun dari Umno. Bak kata orang, tiada Perkasa dan Utusan, lagi cepatlah Umno berkubur kerana Umno hanya boleh bertahan dengan provokasi dan pembohongan semata-mata.

Kelicikan itu akhirnya terserlah jua apabila sekarang secara terang-terangan kedua-dua pihak, Utusan dan Perkasa begitu jelas memberi sokongan padu terhadap Umno untuk terus menguasai kerajaan di samping Umno tidak pula menghalang tindakan Utusan menyebar berita palsu berkaitan isu perkauman dan perselisihan antara Islam dan Kristian. Bagaimana nak ambil tindakan jika Utusan dan Perkasa merupakan sebahagian daripada Umno. Jadi, buat-buat tak nampak aje lah.
Dikuasakan oleh Blogger.