Header Ads

Perdana Menteri Turki terselamat dari serangan puak pemisah

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Erdogan terselamat selepas konvoinya diserang ketika dalam perjalanan menghadiri satu perhimpunan kempennya, kelmarin.


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan
Menurut media tempatan, Erdogan tidak bersama konvoi itu pada masa serangan kerana diterbangkan ke perhentian seterusnya menggunakan helikopter.

Serangan itu berlaku selepas Erdogan meninggalkan konvoi itu dan pihak berkuasa masih belum jelas jika beliau adalah sasarannya.

Erdogan sebelum ini, mengutuk keganasan politik yang berlaku di negara itu dan mendakwa puak pemisah yang melakukan serangan itu.

“Panggil mereka seperti mana yang kamu mahu. Pengganas seperti ini, yang sedar mereka tidak mampu mengendali pilihan raya ini, berfikir mereka boleh mencapai keputusan melalui cara begini,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.