Header Ads

RM1.5 juta setahun Berlusconi bayar kepada kumpulan mafia

ROM: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dilanda skandal terbaru selepas didakwa membayar wang perlindungan sebanyak 300,000 pound (RM1.5 juta) setahun kepada kumpulan mafia di negara itu.


Giovanni Brusca mengatakan kepada mahkamah bahawa Berlusconi membayar kepada mafia atas kepentingan syarikatnya. | foto AP
Pendedahan itu dibuat oleh seorang bekas anggota kumpulan mafia semasa perbicaraan kes dua anggota polis yang dibicarakan atas tuduhan rasuah di mahkamah Rom, kelmarin.

Berlusconi, 74, sering dikaitkan dengan kumpulan mafia di Itali sejak beliau menceburi bidang perniagaan lebih 30 tahun lalu.

Giovanni Brusca, 54, menjadi sumber maklumat polis selepas ditahan pada 1996 dan mendakwa Berlusconi membayar mafia bagi menjaga keadaan perniagaannya di Sicily.

Tuduhan itu memberi tamparan baru kepada Berlusconi yang kini didakwa atas dakwaan mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur dan penyalahgunaan kuasa.
Dikuasakan oleh Blogger.