Header Ads

RON95: Harga baru dalam minggu ini

WarkahDaily – Nak bantu rakyat ke tak nak? Kerajaan BN masih lagi teragak-agak nak teruskan atau tidak subsidi petrol RON95 yang dikatakan terus memberi impak besar kepada kerajaan kerana terpaksa menanggung beban subsidi yang semakin meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah mengumumkan subsidi bagi harga petrol RON95 bakal dikaji bagi meringankan beban kerajaan.

Dalam berita hari ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan dijangka mengumumkan langkah penyelarasan harga petroleum minggu ini.

Namun dilihat, kerajaan BN masih lagi teragak samada mahu menaikkan harga bahan api itu atau tidak memandangkan banyak pihak membantah tindakan menaikkan harga petrol RON95 itu kerana ianya bakal membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Naiknya harga petrol, automatik harga barangan turut sama naik.

"Tunggulah dalam masa seminggu ini. Kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat daripada RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada media.

Hanya beban kerajaan, bagaimana dengan beban rakyat yang masih lagi di tahap berpendapatan rendah?

Ismail Sabri turut memberitahu wang tanggungan subsidi yang digunakan untuk harga petrol itu sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, kerajaan BN telah berikrar akan menaik taraf dan membuat pembaikan terhadap pengangkutan awam dengan menggunakan wang subsidi yang dikurangkan. Namun sehingga kini, ianya sekadar gimik dan helah bagi menaikkan harga minyak dan barangan.

Sistem pengangkutan awam dan jaringannya belum ditahap yang boleh diharapkan. Masalah kesesakan jalanraya di bandar-bandar besar bukannya berkurangan. Ianya masih di tahap lama, walhal wang subsidi sudah pun dikurangkan. Rakyat sudah pun menerima beban kenaikan harga barangan. Mana janji pembaikan itu? Mana wang berbilion ringgit hasil pengurangan subsidi yang dijanjikan untuk projek kebaikan rakyat?
Dikuasakan oleh Blogger.