Header Ads

SMS khabar angin: Alasan bodoh SPR demi selamatkan Umno-BN

WarkahDaily – Macam-macam alasan dicari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menyelamatkan kuasa Umno-BN dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti. Tidak kira alasan bodoh ke tak masuk akal ke, asalkan dapat cari formula untuk selamatkan nyawa Umno-BN dalam PRU nanti.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Laporan berita portal Malaysiakini menyebut, kerana hebahan khabar angin keputusan tidak rasmi pilihanraya Sarawak tempoh hari diwar-war oleh pihak tertentu, SPR dikatakan mahu bertindak dengan tiga pilihan cara penyelesaian.

Antaranya, menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal. Menurut Pengerusi SPR, keputusan itu akan diputuskan bulan depan.

"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab menghebahkan keputusan, yang bukan sahaja menghebahkannya, tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya telah memenangi pilihan raya tersebut.

"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Jadi, salah satu ialah mungkin kita nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada pukul 5 petang, tidak ada kira awal, walaupun pusat mengundi ditutup awal," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu temubual khas di pejabatnya, baru-baru ini. Baca laporan seterusnya di sini.


Kerana dapati SMS khabar angin keputusan tidak rasmi pilihanraya dihebahkan, SPR nampak meradang tak tentu pasal. Di manakah logiknya alasan bodoh yang diberikan SPR bagi melakukan tiga pilihan untuk menyekat keputusan awal pilihanraya kerana SMS khabar angin keputusan pilihanraya.

Secara logik, setiap keputusan pilihanraya, secara muktamad ia diumum dan dikeluarkan oleh SPR sendiri. Keputusan pilihanraya hanya muktamad dikeluarkan SPR sahaja bukannya khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu.

Jadi, kenapa SPR kecoh sangat kalau keputusan tidak rasmi itu sekadar khabar angin semata-mata. Bukannya boleh mempengaruhi kuasa dan kerajaan yang bakal ditubuhkan. Malahan keputusan tidak rasmi melalui SMS bukannya keputusan muktamad seperti keputusan rasmi yang diumumkan pegawai SPR yang bertugas. Fikirlah logik sikit. Jangan asyik duk cari alasan yang boleh memberi keuntungan kepada Umno-BN je.

Macam-macam boleh jadi jika keputusan dilewat-lewatkan

Boleh jamin ketelusan ke jika keputusan dilambat-lambatkan diumumkan oleh SPR? Banyak kebarangkalian boleh berlaku terhadap keputusan pilihanraya jika pengumuman keputusannya dilambat-lambatkan.

Dalam keadaan kebejatan dan ketidak adilan yang sering ditunjukkan SPR dalam mengendalikan pilihanraya yang sentiasa menyebelahi Umno-BN, tidak mustahil keputusan yang sepatutnya tidak menyebelahi Umno-BN, akan berubah menyebelahi Umno-BN jika keputusan rasmi sengaja dilambat-lambatkan.

Semua orang tahu bagaimana SPR mengambil peranan menyelamatkan kerusi BN di Sarawak daripada dimenangi calon PAS apabila memberi masa tambahan selama dua jam (catat sejarah pilihanraya) kepada calon BN untuk menyelesaikan borang pencalonan walaupun masa sepatutnya dah tamat dan sepatutnya SPR mengumumkan calon PAS menang tanpa bertanding.

Itu tidak lagi berita-berita tidak enak berkaitan peti undi hilang, bekalan elektrik terputus ketika pengiraan undi berjalan, keputusan berat sebelah berkaitan kempen pilihanraya oleh SPR, tidak mengambil tindakan ke atas rasuah pilihanraya yang ditaburkan pemimpin Umno-BN menjelang pilihanraya, pendaftaran pemilih yang mencurigakan oleh pihak parti pemerintah dan sebagainya.

Jadi, bagi penulis WarkahDaily, ini semua adalah sandiwara SPR mahu memberi kesempatan kepada parti pemerintah mempertahankan kuasanya.
Dikuasakan oleh Blogger.