Header Ads

Terkini: Keputusan Liga Super 2011 (25 Mei)

WarkahDaily - Perlawanan bola sepak Liga Super 2011 bagi saingan 25 Mei menyaksikan tujuh perlawanan telah berlangsung. Tumpuan pertembungan awal malam tadi banyak tertumpu kepada perebutan takhta Liga Super antara tiga pasukan teratas iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Keputusan perlawanan awal malam tadi menyaksikan beberapa kejutan yang merubah kedudukan pendahulu liga. Terengganu yang beraksi secara konsisten begitu garang membelasah Pahang 5-0 untuk merampas takhta liga dengan Kelantan yang dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan bertaraf kelab dari Terengganu, T-Team 1-2. Selangor pula dikejutkan pasukan Harimau Muda A 1-2 di Shah Alam.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super (25 Mei 2011):

Terengganu
5 - 0
Pahang

Kelantan
1 - 2
T-Team

Selangor
1 - 2
Harimau Muda A

Sabah
2 - 1
Felda United

Perlis
1 - 2
Perak

Johor FC
0 - 1
Kedah

K. Lumpur
1 - 1
N. Sembilan


Dikuasakan oleh Blogger.