Header Ads

Terkini: Keputusan penuh bola sepak Liga Super 2011 (3 Mei)

WarkahDaily - Saingan takhta Liga Super 2011 semakin sengit selepas tiga pasukan teratas Liga Super Kelantan, Selangor dan Terengganu masing-masing mengutip mata penuh selepas berjaya menundukkan lawan mereka dalam perlawanan malam tadi.

Kelantan terus dengan rentak kemenangan walaupun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Johor FC di Stadium J Corp, Pasir Gudang. Manakala Selangor berjaya menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Satu lagi pesaing bagi merebut takhta liga, Terengganu juga mengutip mata penuh apabila membenam pasukan tercorot liga, Perlis 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super (3 Mei 2011):








Johor FC
0 - 1
Kelantan







Terengganu
3 - 1
Perlis







K. Lumpur
1 - 3
Selangor







N. Sembilan
3 - 1
Perak







Pahang
0 - 0
Felda United







Kedah
1 - 1
Sabah















Dikuasakan oleh Blogger.