Header Ads

Terkini: Keputusan penuh bola sepak Liga Super 2011 (19 Mei)

WarkahDaily - Saingan perebutan takhta Liga Super 2011 semakin terbuka buat tiga pasukan teratas Liga Super 2011 antara Kelantan, Selangor dan Terengganu. Jurang mata ketiga-tiga pasukan masing-masing sekadar satu mata.

Kelantan kembali menguasai liga selepas menang ke atas Felda united 3-1. Manakala Selangor kembali jatuh satu anak tangga selepas tewas kepada pasukan berstatus kelab dari Terengganu, T-Team 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Manakala mengekori rapat Selangor adalah Terengganu di tangga ketiga selepas skuad dari Pantai Timur itu berjaya menundukkan Harimau Muda A 2-1 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super (19 Mei 2011):

Felda United
1 - 3
Kelantan

Harimau Muda A
1 - 2
Terengganu

N. Sembilan
2 - 1
Johor FC

Pahang
0 - 2
K. Lumpur

Perak
1 - 1
Sabah

T-Team
2 - 1
Selangor

Kedah
2 - 0
Perlis


Dikuasakan oleh Blogger.