Header Ads

Umno-BN pertaruh keselamatan negara demi kuasa

WarkahDaily – Memang betul la cakap bos Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN perlu gunakan segala jenis ’senjata’ untuk rampas negeri Pakatan Rakyat dan kekalkan kuasa sedia ada.


Dah macam rakyat Malaysia dah. Jika diberi kerakyatan, lagi bertambah kaum-kaum di negara ini.
Apa sahaja yang boleh dijadikan batu loncatan sebagai usaha mengekalkan kuasa jahat Umno-BN, akan digunakannya. Tak kira ianya yang berkaitan dengan keselamatan negara dan rakyat Malaysia.

Bukan sekarang Umno-BN telah gunakan cara kotor dan jijik ini, bahkan sejak berzaman lagi. Taktik kotor ini dah sebati dan sejajar dengan pengekalan kuasa Umno-BN di Malaysia.

Di Selangor, dilaporkan bahawa Umno-BN berusaha untuk merampas negeri itu dari tangan PR. Dilaporkan Najib dan juak-juaknya telah mengaturkan rancangan jahat untuk berbuat demikian ketika jamuan 1Malaysia tempoh hari di Selangor.

Dalam laporan Harakahdaily baru-baru ini dikatakan Umno-BN telah menyusun langkah bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan proses pertukaran status kerakyatan kepada warga asing sebagai usaha untuk membolehkan mereka untuk mengundi dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Dalam laporan itu menyebut, PKR Selangor telah mendedahkan seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk diberi kerakyatan kepada mereka supaya boleh mengundi dalam PRU-13. Usaha itu dikatakan mendapat kerjasama KDN.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor dalam PRU-13 nanti.

“Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor.

Secara jujur, boleh dikatakan Umno-BN memang tidak kisah akan keselamatan negara dan kepincangan yang bakal berlaku jika kerakyatan negara diberi sebebas-bebasnya kepada rakyat asing.


Umno-BN tidak kisah negara dibanjiri muka-muka yang tidak dikenali dari negara luar mendiami negara ini.
Asalkan kuasa dapat dikekalkan, Umno-BN merasakan keselamatan negara diletak di tempat kedua tanpa mempeduli tentang bahaya yang bakal berlaku jika sewenang-wenangnya kerakyatan negara diberikan kepada yang tidak layak.

Banyak kesan buruk yang boleh berlaku dengan mengambil rakyat asing yang tidak diketahui latar belakang dan tidak melalui proses penapisan yang ketat seperti yang berlaku kepada proses permohonan kerakyatan biasa yang dilakukan.

Apa akan jadi jika yang diberi kerakyatan itu merupakan penjenayah besar, orang yang bakal melakukan kerosakan di negara ini yang sudah dipenuhi dengan pelbagai kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah, rogol dan rompakan yang melibatkan rakyat asing.

Bukan itu aje, bahkan tidak mustahil juga, Malaysia akan dikenali negara yang murah taraf warganegaranya jiga gejala kotor Umno-BN ini terus berleluasa menjelang pilihanraya umum.
Dikuasakan oleh Blogger.