Header Ads

Umno menggila guna premis awam untuk program parti

WarkahDaily – Dah selalu sangat bergantung dengan kesenangan yang diambil dari kemudahan milik kerajaan, bila dah tak lagi jadi kerajaan, lagilah menggila salah guna kuasa guna harta benda awam untuk parti. Umno-BN memang jenis manusia yang tak reti nak hidup berdikari.


BUKTI penyalahgunaan kuasa, banner (banting) menyatakan mesyuarat Umno bahagian diadakan di sekolah. | foto TKO
Nak adakan program parti pun tak mampu berdiri sendiri, kena bergantung harap dengan premis untuk rakyat menimba ilmu sebagai tempat mengadakan mesyuarat parti.

Jika ketika jadi kerajaan, segala kemudahan awam dan wang ringgit diboroskan untuk program parti, tapi lepas jadi pembangkang, turun pangkat – jadikan sekolah (harta milik awam – rakyat) sebagai tempat diadakan program parti. Dah mula tak tahu nak bezakan mana premis parti dan mana premis awam.

Dilaporkan Umno-BN menyalahguna menjadikan sekolah sebagai tempat mereka untuk bermesyuarat Umno bahagian.

Seperti yang didedahkan blog Dewan Pemuda PAS Padang Terap, Menteri Pelajaran merangkap Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Padang Terap di Dewan Sekolah Menengah Dato` Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah Jumaat ini (esok – 20 Mei 2011).

Jika Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran turun, sudah tentu guru-guru sekolah berkenaan akan dikerah dan dipaksa terlibat secara rasmi dan tak rasmi dalam program terbabit.

Tiada kewajaran yang membolehkan Umno mengadakan mesyuarat parti di premis pendidikan yang menjadi tempat para pelajar menuntut ilmu yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Bukan itu saja, begitu juga wanita UMNO bahagian Padang Terap turut menggunakan premis awam untuk bermesyuarat iaitu di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang pada 14 Mei lepas yang dirasmikan oleh Dr. Ir. Mohamad Zin bin Mohamed, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Woi!...pengerusi KTMB rasmi mesyuarat Umno tu!...


BUKTI surat menyurat berkaitan mesyuarat wanita Umno diadakan di sekolah. | foto TKO
Penyalahgunaan kuasa ini semakin menjadi-jadi kerana Umno-BN tidak lagi menjadi kerajaan di negeri Kedah. Bahkan bukan aje di Kedah, di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, Umno-BN tanpa segan silu menggunakan premis hak milik awam untuk mengadakan mesyuarat parti.

Sekarang dah takdak sape nak support mesyuarat kat hotel la kot, itu sebabnya buat kat sekolah. Maklum sajelah, dah jadi pembangkang. Umno-BN ni mana reti nak berdiri dengan sendiri tanpa ada mana-mana korporat yang sanggup ‘sedekah’ wang ringgit untuk Umno-BN. Program Umno-BN hanya boleh berjalan dengan duit, tanpa duit takdaklah program.

Kemudahan kerajaan negeri pun dah tak boleh digunakan lagi kerana dah jadi pembangkang, maka jalan terakhir, depa guna sekolah di bawah kerajaan pusat.

Aku terfikir, bagaimana jika kerajaan pusat pun diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR), mana lagi Umno-BN nak bermesyuarat selepas itu?

Tak pelik jika PR tidak memerintah kerana sudah biasa mengadakan program di premis sendiri (mampu berdiri dengan sendiri) walaupun disekat dengan bermacam-macam cara tapi jika Umno-BN pulak bagaimana jika depa jadi pembangkang di negeri dan pusat? Jawabnya, Umno-BN bakal berkuburlah.
Dikuasakan oleh Blogger.