Header Ads

[Video] Liga Juara-juara: Manchester United belasah Schalke, mara ke final dengan agregat 6-1

Tonton sedutan video jaringan gol di bawah posting

Manchester United menepati ramalan dengan langkah bergaya ke perlawanan akhir Liga Juara-juara selepas membelasah Schalke 04 dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford awal pagi tadi. Kemenangan itu memberikan wakil England itu menang dengan agregat besar (6-1).


Anderson melepaskan sepakan ke gawang Schalke sambil diperhatikan Berbatov dalam perlawanan di Old Trafford awal pagi tadi. | foto Getty Images
Sekaligus dengan kemenangan itu MU akan berhadapan gergasi Sepanyol, Barcelona pada perlawanan akhir di Wembley.

Di separuh masa pertama, Schalke di lihat cuba memecah dominasi permainan lawannya namun MU telah memperolehi jaringan awal menerusi Antiono Valencia minit ke-26.

Darron Gibson menambah derita Schalke dengan menjaringkan gol kedua MU di minit ke-31. Namun Schalke merapatkan kedudukan menerusi sepakan kencang Jurado pada minit ke-35.

Jurulatih Barcelona turut kelihatan menyaksikan perlawanan ini dari tempat penonton untuk menganalisis permainan Man Utd. Mereka akan bertemu di final di Wembley nanti.

Separuh masa kedua, MU terus melebarkan kedudukan menerusi Anderson yang bijak mencari ruang menjaringkan gol di minit ke-72 hasil kekalutan di depan pintu gol Schalke.

Anderson sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-76 hasil lorongan bola dari Dimitar Berbatov yang melepasi perangkap offside Schalke. Kedudukan 4-1 kekal sehingga wisel penamat dituipkan.

MU melangkah bergaya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menang 6-1 secara agregat ke atas Schalke.

MU akan bertemu Barcelona yang telah menumpaskan Real Madrid 3-1 secara agregat di final pada 28 Mei nanti yang akan berlangsung di Stadium Wembley, London.



Dikuasakan oleh Blogger.