Header Ads

1Malaysia: RM49 juta setahun biayai rumah PM dan TPM ketika rakyat diminta berjimat cermat

WarkahDaily – Inilah sebabnya pemimpin Pakatan Rakyat kata kerajaan Umno-BN hipokrit terhadap rakyat. Cakap gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tapi realitinya tidak seindah apa yang diucapkan dengan lidah tidak bertulang pemimpin Umno-BN.

Padahal kerajaan terpaksa berhabis wang rakyat jutaan ringgit untuk gagasan bodoh 1Malaysia daripada Najib itu walaupun hasilnya macam sampah, tiada manfaat langsung kepada rakyat keseluruhan. Yang mendapat manfaat hanyalah pemimpin Umno dan kroni mereka.

Cuba bayangkan, apakah kerajaan 1Malaysia Najib mendahulukan rakyat apabila kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air bagi kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sehingga mencapai RM49 juta setahun padahal dalam masa yang sama rakyat diminta hidup sederhana, ubah cara hidup, berjimat cermat oleh para pemimpin 1Malaysia.

Mereka ini tanpa segan silu melaungkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, padahal yang lebih diutamakan mereka, wang rakyat digunakan berjuta-juta ringgit untuk kos selenggara rumah PM dan TPM.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Dipetik dari Harakahdaily, Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Jumlah keseluruhannya ialah RM48,789,115.03.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.