Header Ads

Ali Alhabshee turut dibodohkan Utusan Malaysia

WarkahDaily – Seorang demi seorang pemimpin Umno telah diperbodohkan oleh akhbar rasminya sendiri Utusan Malaysia sejak akhir-akhir ini. Sengaja atau tidak, tidak diketahui. Mungkin akhbar berkenaan sudah mendapat laknat dari yang Maha Esa selepas bertindak melulu menyebarkan kartun yang menghina kesucian Islam.

Mungkin sudah menjadi caca-marba apabila menyiarkan laporan berkaitan kejahilan pemimpin Umno berkaitan selok-belok agama Islam walaupun dirinya beragama Islam.
Sebelum ini, Zahid Hamidi sudah pun diwar-warkan kebodohannya oleh Utusan Malaysia apabila menyiarkan kebodohan dan kejahilan Zahid berkaitan hukum Feqah kerana kononnya Tuan Guru MB Kelantan harus beristikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak. Baca sepenuhnya di sini.

Kini akhbar itu telah menyebar pula berita kebodohan seorang lagi pemimpin Umno yang mengetuai UMNO Bahagian Cheras iaitu Syed Ali Alhabshee (gambar).

Utusan Malaysia pada 28 Jun telah menyiarkan kenyataan Ali Alhabshee yang menuduh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengamalkan sikap double-standard dalam ‘menghalalkan’ perhimpunan BERSIH, yang dilihat oleh Syed Alhabshee sebagai tidak mengikut ajaran Islam berbanding sikap Presiden PAS itu terhadap kes video Anwar.

Mungkin bagi Ali Alhabshee, kenyataan itu tepat dan menunjukkan kehebatannya, namun beliau tidak sedar rupa-rupanya kenyataan itu telah membodohkan dirinya sendiri. Utusan juga yang membongkarkan kebodohan pemimpin Umno ini.

Bagi Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Alhabshee ini jelas menunjukkan kejahilan beliau tentang Syariat Islam.

“Fenomena ini dikenali sebagai ‘jahil murakkab’ iaitu seorang yang jahil, tetapi tidak menyedari akan kejahilannya.

“Sikap ini tidak selayaknya dipamerkan oleh seorang yang bergelar pemimpin walaupun sekadar di peringkat bahagian,” ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan.

“Majoriti Ulama kontemporari membenarkan perhimpunan seumpama BERSIH ini untuk diadakan selagi matlamat dan kaedah penganjurannya tidak bercanggah dengan nas-nas, prinsip-prinsip serta kaedah-kaedah Syarak yang disepakati.

“Sekiranya Alhabshee benar-benar ikhlas ingin mencari kebenaran, beliau sepatutnya merujuk kepada para ulama yang mahir dalam bidang Usul al-Fiqh, al-Siyasah al-Syar’iah dan Maqasid al Syariah serta mengetahui perincian maklumat tentang latarbelakang, realiti dan konteks penganjuran perhimpunan BERSIH ini,” tambahnya lagi.

“Kami tidak terkejut sekiranya beliau tidak tahu tentang hukum-hakam Syariah, tetapi kami hairan mengapa beliau begitu lancang menyelar peribadi seorang Ulama yang berautoriti dalam mengeluarkan sesuatu hukum tanpa sekelumit rasa malu kepada diri sendiri.

Ketua Dewan Ulamak itu turut meminta Ali Alhabshee membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataannya yang prejudis serta kelihatan cuba mengaibkan keperibadian seorang tokoh Ulama yang memiliki autoriti, ilmu serta kemahiran dalam bidang Siyasah Islam lagi dihormati di peringkat antarabangsa.

“Permohonan maaf ini wajar disiarkan secara terbuka, sesuai kenyataan prejudis beliau yang disiarkan secara terbuka,” tambah beliau lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.